Wednesday, 11 March 2015

Tinted Kereta Proton Waja


Hehehe... 

malu nak mengaku sebenarnya semenjak aku beli kereta ni, tak pernah sekali pon aku pasangkan tinted! Harap tinted sedia ada je.. 

Aku beli kereta ni tahun 2008.. bermakna dah 7 tahun tak bertinted baru.. Rasanya first owner pasang tinted masa kereta ni baru keluar tahun 2004. After guna kereta ni 4 tahun, dia jual... Dapat kat aku.. Jadi kereta ni memang dah sepatutnya dipasangkan tinted baru hahaha..

Tak nak kejam kat diri sendiri so pegi jugaklah kedai tinted kat pekan Amanjaya tu.. dekat-dekat area Tesco Utara..



Aku tak kemana - mana sepanjang proses pasang tinted tu.  Malas nak jalan time panas - panas camni tambah takde member nak borak. Lagipon tak penah lagi buat tinted so stay jelah kat kedai tu.. cari pengetahuan cikit2 hehehe.

Gambar kat atas tu bro tengah pasang tinted tingkat. Aku rasa tinted bahagian tingkap lebih senang kot berbanding bahagian lain sebab cepat je dorang buat..

Time ni dorang buang kusyen belakang utk tinted cermin belakang.. Habis kuar lego anak aku yang entah zaman bila punya huhu..


Bro ni buat tinted cermin depan. Tu dia tengah dok dry tinted tu.. kejap bubble sana bubble sini.. 
Aku agak dia pakar kot antara semua yang ada.. Renyah jugak pasang tinted cermin depan ni.. kena banyak sabar sebab aku yang hanya amik gambar pon rasa nak bengang tengok bubble2 tu..


Bro lain pulak yang pasang tinted belakang.. 

Kesian tengok budak dua orang kat belakang tu.. asyik kena marah dengan bos je.. Sabar-sabar...

Cuci tinted pulak dengan air sabun kot.. 

Tinted pasang kat dalam jugak..


Aku guna jenama tinted AGARD TITANIUM 50. SO melaburlah aku RM500 hari tu untuk kos tinted the whole kereta waja area SP ni.. Sengaja amik yang ni sebab tak tahu bila tahun pulak nak tinted baru lagi! huuhuhuuu