Ads Top

Yuran Keseluruhan Diploma UiTM secara e-PJJ/part-time


hei! hei! hei!
lama tak berceloteh kat belog kesayangan ni hahaha...
maklumlah pemalassss hehehe.



saja nak tempek cikit print-screen yuran keseluruhan sambung belajar amik Diploma dekat UiTM haitu secara e-PJJ atau separuh masa/part-time hihihi



jumlah yuran keseluruhan ni aku print screen semasa nak amik bil konvo jap-jap tadi hehehe.. 
murah kan? tak sampai RM10K pun.



memang murah.. tapi bagi aku yang sedang bekerja ni dengan loan pon xdak makanya sesak nafasss jugaklah nak membayar.. sepanjang sambung study amik Dip ni memang aku terpaksa pejam mata jelah tengok member-member dan sepupu-sepapat dok up gambor booking tiket flight hahaha..


miskin beb!!!



so, harap dengan entri ni boleh bagi semangat dan sedikit perangsang untuk sesiapa yang berminat nak further study secara separuh masa atau e-pjj kat UiTM.  Oh ya, aku belajar secara part time ni amik tempoh selama 4 tahun setengah di mana setiap sem aku cuma amik 4 paper. Tapi semasa part 8 aku amik 2 paper sahaja dan begitu juga semasa part 9. Jadi sebenarnya kalau hendak diikutkan aku boleh sahaja terus amik 4 paper masa part 8 dan grad on time, tapi aku nak jaga pointer aku sebab tu aku rela tambah lagi 1 sem. 



bagi yang inginkan kepuasan, upgrade diri sendiri dengan sambung belajar adalah pelaburan paling berharga.. berbaloi-baloi! biarlah simpanan menyusut sedikit. xpa.. duit boleh cari lagi.. aku harap perkongsian aku mengenai yuran keseluruhan diploma UiTM secara e-PJJ ni dapat memberi info sedikit sebanyak untuk korang, ok?


ok bye!


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.