Monday, 18 May 2015

Pengalaman Melancong ke Sabah 2015


Salam.

Ada sesiapa pernah pergi ke Sabah tak? bagi yang belum pernah melancong ke Sabah tu bolehlah set date melancong ke sana. kalo tak mampu, boleh mula menabung kerana Sabah memang bestttt!!!


SABAH TRIP 2015
28 Apr - 2 Mei 


Sebenarnya, aku pergi ke Sabah secara tidak sengaja. Member ofis aku iaitu Yus dan arwah CC aku dah beli tiket dalam bulan Disember 2014 ke Sabah untuk mengikuti Perhimpunan Hari Pekerja di sana bersama-sama dua lagi kawan mereka. Tetapi perhimpunan tersebut telah ditukar ke Sarawak di saat akhir. Hendak dijadikan cerita, CC aku telah meninggal dunia pada bulan Februari yang lalu kerana masalah jantung. Disebabkan member aku Yus tinggal seorang diri di sana ditambah keinginan aku untuk melancong ke Sabah, maka aku buat keputusan untuk pergi ke sana.



 Air Asia
RM 483.24 return flight


Apalagi, dah buat keputusan nak melancong tu, maka proses booking tiket flight pon bermula. Seperti orang lain jugak, aku memilih untuk menggunakan flight Air Asia. Aku beli tiket flight pada 26 Mac dengan harga Rm 483.24 siap dengan sarapan time pergi sahaja. Time balik aku tak beli sebab dah sampai Semenanjung jadi tak risau bab makanan.




 Dalam tempoh sebulan tu, aku dengan penuh bersemangat siapkan jadual perjalanan atau itinerary hehehe. Banyak blog aku baca dan ulang baca lagi demi menyiapkan itinerary perjalanan aku sendiri.  Sebenarnya sejak member aku cakap nak pergi Sabah lagi aku dah start cari info-info pasal tempat-tempat best di Sabah. Tapi just baca dan tanam azam untuk ke sana tahun depan. Tak sangka pulak dapat pergi tahun ni. 


Dalam buku ni, semuanya bermula dari confirmation booking flight, flight insurance, booking hotel, itinerary, OOTD, checklist barang serta map Sabah aku print dan 'binding'. Sebab aku taknak nanti berterabur dan hilang. Aku taknak mood melancong spoil. Lagipun, senang nak tengok dan rujuk bila-bila masa pun. Dan buku ni memang sentiasa aku bawa dan pastikan ada dalam kereta yang kami sewa kat sana.


eh, kenapa OOTD pun kena ada? 
sebab taknak beg berat..ngeee..
 


~ 28 April 2015 ~


Flight pukul 10.30 pagi di Airport Penang. Dijangka tiba di Airport KK Terminal 2 pada jam 1.30 petang. Hebat pilot Air Asia Kapt Abbas bawak flight sebab time mendarat tak rasa langsung gegaran. Pilot pon rajin jugak bercakap dengan penumpang. Ini merupakan perjalanan pertama kali melancong ke Sabah, aku anggap segala info-info yang diucapkan oleh kapten/pilot amat berguna sekali.



Inilah makanan aku dalam flight.
Semua sedap dan mengenyangkan. Tapi yang tak syoknya air sikit sangat. terhidrat aku hoii.. hahaha..
Lepas ni bolehlah bawa mineral sendiri.




Ni adalah pemandangan Sabah dari udara.  Terujaaaa.. kejap lagi dah nak boarding. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah sebab bagi aku peluang melancong ke Sabah. Tapi jauh dalam hati risau jugak kalo kena tipu dengan syarikat kereta sewa. Cari kat internet. Dah bayar deposit RM150. Pastu fikir pulak camna nak gerak terus ke Kundasang. Dahlah dua-dua tak pernah sampai Sabah. tapi aku kuatkan semangat adventure yang dah lama tersimpan dalam hati aku ni agar bertenang. As long as ada dalam Malaysia ni tak perlulah risau sangat. Enjoy je.


Alhamdulillah kami selamat boarding. Lepas amik beg, kami solat dulu. Kereta yang disewa pun sampai pada pukul 2 petang.  Kami bayar sewa keseluruhan seperti mana perjanjian sewa. 


SEWA KERETA SABAH
Viva Elite 1.0 (Ungu) RM 110/day 
Deposit : RM 150
Baki : RM 290
Jumlah Sewa : RM 440 
hp : 019-481 7846 faizul


Kalo ikutkan itinerary haritu, lepas boarding kami kena terus gerak ke Kundasang sebab hotel yang kami sewa ada di sana dan takut hari gelap. Tapi kawan Yus dua orang tu minta kami hantarkan diorang ke hotel dulu. Menggagau cari hotel.. Mujur jumpa. Lepas tu kami terus gerak ke Kundasang. Bayangkan pukul 4.30 baru gerak dari KK ke Kundasang!


Dari Kota Kinabalu menghala ke Jesselton Point tu, cuaca terang dan sangat panas. Lepas tu hujan. Agak lebat. Bawa kereta slow-slow. Confirm sampai Kundasang dah gelap. Untuk pengetahuan korang, aku booking hotel seperti di bawah :


Mesilau Nature Resort 
28 Apr - 30 Apr 2015
RM 275.44


Selepas melalui Tamparuli, di sepanjang perjalanan ke Kundasang, cuaca gelap, berkabus dan sangat-sangat sejukkkk. Seram pun ada bila tengok kabus-kabus ni. Putih macam awan di daratan. Kereta masih ada tapi tak banyak. Mujur ada lori tangki minyak Shell kat depan kami dan ada 3 ke 4 bijik kereta kat belakang, jadi tak takut sangat. Kami buat keputusan untuk tidak menginap di Mesilau pada hari tu selepas terjumpa Kinabalu Park. Boleh sewa bilik kat sini. Time tu pukul 7.15 malam. Kami terus masuk, parking dan jumpa receptionist. Suasana kat tempat parking Lobi Kinabalu Park ni gilerrrrr sejukkkkkk gediiiiiii... menggigil masa bercakap dengan receptionist.. ttthehehehe..


Tapi malangnya, harga bilik sangat mahal.. RM450-1000... jadi receptionist cadangkan agar aku menginap di Tahubang Lodge. Sewa lebih murah. Jadi aku dengan Yus pon bergerak ke Tahubang Lodge. Dekat je pon. Tahubang Lodge ni adalah adik beradik jugak dengan Kinabalu Park. Macam anak syarikat gitu. Cuma standard lodge ajelah. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bermalam di situ pada malam tersebut sebab tak berani dah nak bawak kereta terus ke Kundasang. Takut dah tak jumpa hotel. Dengan sejuk lagi tak tahan.. Gigil... Walaubagaimanapun, kami sepakat untuk checkout dari Tahubang Lodge esok pagi dan bergerak ke Mesilau untuk check in di sana pula.




Lepas check in Tahubang Lodge dengan kos RM53 seorang per night, kami berjalan kaki ke Restoran Penataran kat sebelah lodge tu. Menu kami malam tu adalah nasi goreng dan kueytiaw goreng. Restoran ni betul-betul sebelah je dengan Tahubang Lodge. Masa mula-mula nak masuk ke restoran ni agak risau sikit sebab tengok ada 2,3 ekor anjing berkeliaran kat luar restoran. Tapi aku ternampak ada pekerja kat situ pakai tudung. Lagipun staf kat Tahubang Lodge tu ada gitau yang makanan dekat sini halal. Tapi aku makan tak habis sebab perut dah masuk angin daaa... 


malam tu kami tido kat lodge ni. Dalam satu bilik ada 2 katil bujang dan 1 almari. Selesa jugak lah. Tapi toilet kat luar bilik pulak...  sepanjang malam tu kami tido bukak radio dari hp aku sebab nak hilangkan perasaan sunyi sepi kat situ... sejuknya pulak sampai kami terpaksa tido pakai sweater hahaha... bayangkanlah...


ROUTE KE KINABALU PARK

Karamunsing - Likas - Inanam -  Menggatal - Telipoh - Tuaran -  Tamparuli - Kundasang.




~ 29 April 2015 ~


Pagi esoknya dalam pukul 7.30 kami sudah checkout untuk bergerak ke Mesilau NR. Kami bancuh nescafe sorang satu gelas sebagai alas perut. Malas dah nak makan di Restoran Penataran sebab nak cepat dan nak sarapan di Mesilau. Oh ya, nescafe tu sendirian berhad ok..



Ni pemanas elektrik tu. Punyalah besar. Jenuh tunggu air mendidih. Oleh kerana tak sabar menunggu, kami terus jer bancuh air walaupun air baru keluar asap, mendidih pun belum. Jangan sakit perut sudah lah..


Sebelum balik, teringat nak snap gambar lodge tu buat kenangan.


Aku kat depan Tahubang Lodge. 



Kat tepi lodge iaitu belakang van hitam ni adalah Restoran Penataran. Tengok pagi ni dah ada banyak kereta parking. Lega sikit rasa hati.



Kereta sewa aku parking di sini. 


Tetiba teringat Kinabalu Park yang kami sempat singgah semalam. Toleh ke belakang terus ternampak view macam kat bawah ni. Terus aku ajak member pergi Kinabalu Park sekejap. Lagipun waktu masih awal dan dah ada info yang aku dapat dari internet/blog menyatakan gunung tertinggi di Asia ni dapat dilihat dengan jelas sebelum pukul 10 pagi.  Lagipon best sikit kot kalo sebelum memulakan apa-apa aktiviti  kita tengok Gunung Kinabalu dulu kan?. Baru lah tercapai misi. Tak bestlah kalo datang bercuti ke Sabah tapi tak tengok Gunung Kinabalu. 



biasa ternampak view camni dalam blog orang. Dah nampak depan mata, hati pon riang tak terkata...
Akhirnya sampai jua di Kinabalu.. Alhamdulillah.



Bergambar depan main lobby. Kat van putih tu lah lobby Kinabalu Park yang kami singgah malam tadi. Teringat receptionist yang berkot hitam separas lutut bertumit tinggi yang baik hati.



 Malam tadi aku parking kereta kat tepi myvi putih tu. Tapi time tu myvi putih belum ada lagi kot. Suasana waktu ni masih lagi sejuk.. Sampai sekarang aku tak boleh lupakan kesejukan dan kegelapan yang kami lalui malam tadi iaitu selepas parking kereta untuk ke lobby Kinabalu Park. Rasa rindu dengan kesejukan tu dan macam nak ulang lagi sekali.




Akhirnya...
aku di hadapan Gunung Kinabalu yang gagah. Alhamdulillah.


masa ni pukul 9 pagi. Dalam pukul 9.30 tu dah nampak kabus-kabus mula menutupi puncak gunung.
alhamdulillah aku berpeluang bergambar di sini. Kami tak masuk melawat dalam Kinabalu Park sebab aktiviti tu kami akan buat bila kami checkout dari Kundasang untuk ke KK. Selepas tu kami pon bergerak ke Mesilau NR. Kedatangan kami ke Kinabalu Park pagi itu bolehlah diibaratkan seperti satu 'check point' dan 'warm-up' sebelum kami memulakan percutian 5 hari 4 malam di Sabah.


#baca sambungan hari ke-2 di Kundasang