Tuesday, 18 August 2015

Projek Memutihkan Kulit Wajah


kui..kui..kui..
dah lama tak memanjakan diri dengan produk-produk kecantikan ni.
so, kena start balik projek memutihkan kulit wajah sebab perasan kulit muka macam dah kasar dan berpasir ditambah dengan blackhead 'penyeri' hidung dah jelas kelihatan hehe..




antara sebab lain adalah apabila aku perasan muka aku nmpak lebih gelap dari yang lain bila wefie dengan member. mungkin sebab tak sapu conceiler jugak.. tapi apa yang penting, memang dah lama aku tak manjakan kulit wajah aku ni.. 

memang rasa sayang nak kuarkan duit beli bendalah ni, tapi lepas beli dan pakai, rasa puas hati. itu lebih penting hihi.. kos dalam RM19.. ni belum masuk krim2 bagai.. untuk siang hari, aku sapu conceiler je.. malam hari biar muka polos tanpa krim. kenapa aku pilih Safi? sebab sentimental value kot hehe.. sejak sekolah sweet 13 aku dah start pakai pencuci wajah dari Safi. Start pakai toner Safi sejak umo 18 iaitu time jadi siswi. Lepas tu,bila dah keja aku pakai toner johnson & johnson.. krim siang Safi pon best pakai.. 

kalo mampu, teringin jugak nak makan supplement untuk cantik.. tapi buat masa ni duit yang ada diperlukan untuk tujuan yang lebih penting. sapu toner jelah eh.. 

ok bye.