Ads Top

Syairah Demam - pengalaman guna medical card untuk admit

Sejak mak aku mengasuh Ikram dengan Syairah sejak Ikram accident bulan April lepas, tiap-tiap minggu aku travel balik kampung. Ikram pula asyik telefon suruh ibu balik. Tak berdaya nak tolak, kesian kat anak..

Balik hari Jumaat lagi dua minggu nak raya, sampai umah mak lepas setengah jam berbuka, aku tengok Syairah tido dalam buaian mata tutup tak rapat. Sedih pula. Sebenarnya mak ada bagitau yang anak ni demam hari Selasa haitu, tapi disebabkan aku baru je balik ke SP pagi Isnin, maka aku posponed nak hantar Syairah ke hospital. Aku andaikan dia akan sihat lepas dua atau 3 hari. Tapi hari ni nampak macam teruk jer, so lepas berbuka terus aku ajak adik Fieza temankan aku ke hospital.

 

masa dalam perjalanan ke hospital, adik aku suggest hantar Syairah ke Hospital Pantai sebab katanya Unit Kecemasan di sini tiap-tiap malam penuh! Dia cakap belum tentu tunggu 1 jam dah boleh jumpa doktor. Baik pergi Hospital Pantai. 1 jam perjalanan lepas tu dah boleh jumpa doktor! 

Memandangkan aku dah memang bawa siap-siap baju kami anak beranak, so aku teruskan sahaja plan tu. Kami sampai di Hospital Pantai pukul 9 malam. Aku terus parking kereta dekat dengan Unit Kecemasan dan register anak di sana. Tak berapa lama kira-kira 20 minit sampai sebab ada pesakit, doktor pun panggil.
Syairah demam. Suhu badan 38.5C. Syairah kena xray malam tu. Doktor cakap Syairah dah terkena jangkitan kuman di paru-paru. Check dengan stetoskop kat dada dah banyak muzik doktor cakap. Kena admit hospital. Mujur GL ok. Kena marah dengan doktor jugak la kenapa tak bawak awal-awal, takde kereta ke? tapi aku redha je kena marah. Janji anak aku sihat. Rasa bersalah sangat sebab ingat dia cuma demam-demam biasa. Kesian Syairah, nak menangis pun tak larat masa doktor cucuk tangan untuk ambil darah dan masuk air. Kira-kira pukul 10.45 kami dah berada dalam wad. Syairah kena pakai nab setiap 3 jam sekali. Tiga hari kemudian nab 4 jam sekali. Semakin sihat..


Dah discharge! Yeayyy boleh balik! Alhamdulillah..


Tak sangka pulak, ingat 3,4 hari je kena admit, tapi 5 hari! Admit hari Jumaat malam dan discharge hari Rabu sebelum tengah hari. Tetapi disebabkan admin hospital belum siap urusan discharge dorang, maka kami relaks2 dulu dalam wad. Jam 2.30 petang baru gerak balik. 

1 ulasan:

  1. MEDICAL CARD : Tahukah anda? Hanya bagi yang LAYAK bole apply pelan ni? 😃 Mesti xpasti kan.. TANYA hari ini Ya ⚡ Pelan Berbaloi Prudential (PRUBSN) : Dari ●RM99 sahaja... Pelbagai pakej pelan menarik seperti : HIBAH / SAVINGS PLAN / RETIREMENT PLAN / EDUCATION PLAN / PRE-BIRTH PLAN dll....
    .
    CALL / Whatsapp hari ini, semak kelayakan anda terus ! ▪︎ 0.1.2.7.7.6.0.2.1.9
    》www.wasap.my/60127760219/medicalcardpromo (JESS)

    BalasPadam

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.