Ads Top

Pengalaman Bercuti di Sabah (Part 2)


Lepas amik mood melancong dengan bergambar depan Gunung Kinabalu, terus kami gerak ke Mesilau Nature Resort, Kundasang.  Melalui jalan ke resort, aku sudah nampak signboard Desa Cattle Farm yang akan kami terjah petang ni. 


Ingat dekat je resort tu, tapi lepas puas naik bukit - turun bukit - lalu hutan - barulah sampai... fuhhh!!! Oh ya, nak bagi senang korang imagine; sepanjang hari mula sampai Sabah sehingga hari terakhir di Kundasang ni, aku yang akan memandu.  Member aku pula akan memandu time checkout dari Kundasang ke KK sehingga hari balik ke Semenanjung.


Lepas dah sampai ke resort, kami breakfast dulu. RM25 per pax. Ikutkan waras akal aku, macam taknak jer breakfast kat sini sebab mahal tapi disebabkan nak amik aura melancong dan suasana resort ni yang besttt, mendamaikan, ekslusif, ramai tourist dari Europe, maka aku ajak juga member breakfast kat sini. Bila lagi kan? Sebab aku fikir, mungkin inilah kali terakhir aku akan datang ke sini sebab serik nak memandu ke sini hahaha... 


Breakfast di Mesilau Nature Resort
kabur pulak... 


Actually, sepanjang perjalanan tadi memang kami ada berbincang untuk tukar hotel. Yelah, dah lah dua-dua perempuan, resort ni pulak jauh sangat dari pekan Kundasang, mana lah tahu kan...orang pompuan ni kalo dah boleh kuar jalan-jalan, tak ingat nak balik umah awal-awal.. So, lepas makan jer, terus pergi kat Receptionist untuk cancell booking.    





Sebelum gerak kuar dari MNR ni, aku beli dua helai baju-t eksklusif ni. Mahal jugak sebab sehelai RM40! Tapi disebabkan ada tulis Mesilau Nature Resort tu yang best tu... beli jelah!! kat tempat lain mana ada... beli sebagai kenangan dah penah sampai sini.. Aku beli dua helai, satu untuk aku, satu lagi untuk abang aku.. upah hantar ke Airport Penang pagi semalam hehee..


* * *


Selepas tu, kami bergerak keluar dari MNR ke Pekan Kundasang. Nak cari hotel baru... Mujur sampai kat TM Hotel ni. Lagi mujur sebab masih ada banyak bilik kosong. Maklumlah, bukan time cuti Hari Pekerja. Tapi kalo tanya untuk 30Apr dan 1Mei, mintak maaf...penuh!


Jom tengok suasana hotel yang cozi sangat-sangat!!!

                     lobi hotel             bilik penginapan kami




antara bilik penginapan yang ada. 
Telah habis ditempah!



Parking keta depan pintu bilik jer..miahaha..


Kami tinggal di hotel ni mulai 29 hingga 30 Apr 2015 iaitu  1 hari sahaja. Makanya di Kundasang, dua tempat kami duduk! Prfff!! Duduk kat sini RM180 kalo tak silap.. Tapi, bilik pon best.. bilik air luas.. lantai parquet.. ada balkoni berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.. Time pagi memang berkabus gilaa!! Suka sangat tinggal sini, mood Sabah sangat-sangat!!! hehehe..







Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.