Ads Top

Pengalaman Bercuti di Sabah (Part 7)


Percutian selama 5 hari 4 malam di Sabah ni sengaja aku susun acara melawat Kundasang pada 3 hari yang pertama di negeri ni sebab Kundasang ni jauh dari Airport KK Terminal 2.  Manakala mana - mana tempat attraction yang dalam area KK ni pulak aku susun aktivitinya dekat - dekat hari nak bertolak balik ke Penang. So, takda lah rushing sangat hari bertolak balik tu memandangkan kami dah ada dekat area Airport.. Lagipun acara shopping kraftangan Sabah ni lebih sesuai dilakukan di hari terakhir supaya tak berat beg nak usung. Just usung ke airport jer.. dan ofkos lah acara shopping ni acara kemuncak! Sebab semua orang suka shopping kan? 😄

.....


Pagi hari keempat tu kami breakfast dulu kat Courtyard 1Borneo Hotel tempat kami menginap. Silap lak aku tak snap dining hall hotel ni. Dining hall dia ada yang ber aircond dan tidak ber aircond. Selesa  dua-dua. Aku tak ingat lak dining hall ni kat tingkat berapa. Tapi aku rasa macam makan kat rooftop! Mungkin rooftop?? Kalau makan kat area yang takde aircond tu, boleh lah tengok kereta parking kat bawah. Kalau gayat, makan jelah kat dalam.. hehe... 




Aku breakfast Kuetiaw goreng, toasted bread dengan kuih serta dua tiga potong buah tembikai. Tu pun dah ketat perut hehe..  Aku asal jer menginap hotel, memang suka breakfast toasted bread. Sapu marjerin dulu kat lapisan pertama lepas tu di atasnya tu sapu kaya atau pun strawberi jem. Menu mudah je. Favourite sangat!!! Tapi kat rumah tak pulak aku rajin nak makan macam tu. Kat hotel je selalu cenggini 😆


Perut dah kenyang. 
So kami pun teruslah bergerak ke Jesselton Point. Tengok map yang memang dah ada owner kereta taruk dalam laci bawah dashboard kereta jer dah boleh jumpa. Tak susah pun nak cari. Hohoho.. orang lain dah maju guna waze takpun google map dah kan? 



Perjalanan dari Tamparuli ke KK semalam.
Cari hotel Courtyard 1Borneo. Cuaca cerah tak hujan macam hari kami ke Kundasang haritu. Alhamdulillah.


Tapi aku lebih suka cara ni. Cara pegang map kat tangan dan tengok map tu betul-betul. Rasa lebih teknikal dan lebih mencabar minda dan kefahaman. Rasa lebih 'tourist' hehehe... Sebab kena pahamkan map tu. Sebelum gerak tengok map. Dah gerak pun rujuk map lagi untuk konfirm tak sesat.. Bila jumpa tempat yang dicari tu aku rasa lebih seronok dan puas! 


Lagi satu kelebihan baca map ni adalah, kita akan nampak tempat attraction mahupun bukan attraction seperti stesen minyak Caltex ke, KFC ke, CIMB Bank ke kat situ semasa mencari tempat yang kita sebenarnya nak pergi tu. So, kalau nak isi minyak Shell ke, dah boleh tahu dah macam mana nak pergi. 


Lagi satu, dengan memahami map ni, kita akan lebih tahu di sebelah manakah kita sedang berada, ke sebelah mana kita akan pergi dan landmark apa yang dekat dengan kita. Alhamdulillah. Semasa kat Sabah haitu, aku lah yang tunjukkan jalan kat member aku kalau dia drive. Dia memang dah 'lost' terutama masa kat KK tu.. hehe.. tapi aku pun ada jugak tersilap masuk jalan masa balik dari Poring tu 😅 



Pintu masuk ke Jesselton Point.


Akhirnya kami berjaya jugak cari parking kat tempat parking Jesselton Point ni! Susah gila nak jumpa parking lot yang kosong! So, kalau nak datang sini, better datang awal pagi. Mmm... tapi aku rasa, memang parking lot kat area jeti mana - mana pun selalu penuh jer... jeti Kuala Perlis ke..Kuala Kedah ke.. tapi antara dua tu, jeti Kuala Kedah lagi lah teruk. Sebab tak banyak parking lot. Sebabnya tourist lebih suka naik bot dari Kuala Perlis ke Langkawi sebab lebih cepat... 


Suasana dalam Jesselton Point. 




Time ni kedai makan deretan ni semuanya tutup. Adakah sebab 1 Mei? Tapi aku rasa kedai sini buka dari petang hingga malam je kot... 1 Mei kalau tutup rugi banyak laa... 😄 



Wahhh tak sabarnye nak naik bot putih tu!
Next time kalau datang Sabah should try dinner kat jeti ni pulak lah! 😍😍😍 sambil makan sambil menikmati bunyi laut. Allahu... 



Beli tiket bot ke pulau-pulau di sini. 


Banyak kaunter tiket bot dalam ni. Kedai runcit pun ada. Toilet ofkos ada. Hehe.. ATM machine? aku tak perasan pulak. Better cucuk duit siap - siap lah sebelum datang sini. Takut nanti tak pasal - pasal kena keluar balik untuk cucuk duit kalau kat sini takde mesin ATM. Dah lah nak parking susah.. 


Suasana kat dalam ni sangatlah hiruk-pikuk! 
Banyak gila kaunter tiket bot. Pilih je yang mana suka. Kalau naik bas balik kampung boleh pilih nak naik Transnasional ke, Cosmic ke, Sani Express ke.. tapi beli tiket bot ni takda sumber rujukan! Beli je tiket kat mana - mana kaunter. Yang penting sampai! Hehe.. 


Boleh pilih nak beli tiket untuk ke 1 pulau , 2 pulau, 3 pulau, 4 pulau ke 5 pulau ke.. sebab  setiap pulau ada tarikan dan aktiviti tertentu. Contohnya, aku amik 3 pulau. Masa singgah kat Pulau Sapi, ada aktiviti snorkeling, parasailing, scuba diving.. siap duit je kalau nak buat semua aktiviti tu. Biasanya aktiviti macam ni kena siap duit lebih sikitlah.. sebab seronok. Cuba sekali nak lagi 😅Mmm... tapi aku tak main pun sebab takda geng. Member aku bukan peminat aktiviti sukan macam ni. Aku ni je yang masih berjiwa 18tahun!!! 😂😂 takpa, next time. In shaa Allah.


Lepas lebih kurang 2jam kat Pulau Sapi, kami ke Pulau Mamutik pulak. Pulau ni paling kecik antara ketiga pulau yang aku pergi tu. Dari pandangan depan la. Tak tau lah pulak kalau dari pandangan udara, pulau ni lebih besar dari pulau Sapi dan Manukan hihi.. disebabkan aku tak eksplore pulau ni, berdasarkan pemerhatian aku, pulau ni agak sedikit boring... ada ape kat pulau ni ye? teringat novel Tombiruo.. #tetiba.


Lepas tu kami ke Pulau Manukan. 
Berapa kali naik bot! Dari jeti ke Sapi, Sapi ke Mamutik, Mamutik ke Manukan. Pastu nak balik jap lagi kena naik bot lagi dari Manukan ke Jeti semula. Bawak budak - budak best ni.. Pulau Manukan lebih besar. Restoran pun senang jumpa. Kat 2 pulau tadi kami tak eksplore pun. Tak tahu lah pulak kalau memang takda restoran kat pulau tu. 


Pengalaman Bercuti di Sabah. Melawat Manukan Island.

Aku dah sampai Pulau Manukan.
Syukur Ya Allah...


Kat Pulau Manukan ni lebih happening. 
Sesuai sangat bawak anak - anak ke pulau ni. Pulau ni happening sikit macam kita pergi PD, Pantai Merdeka tu la...  bezanya air laut sana tak bersih dan jernih macam kat sini. Kat sini boleh ajak anak - anak snorkeling 😃 



Nampak tak kat mana aku?
Tu... yang angkat tangan tu! Hihi..


Bila tengok gambar.. alahai... dekat benorr dengan darat. Tapi bila dok dalam air tu, rasa macam... isshyy... dah jauh ke laut dah aku ni! Hahaha... adoiii serius kena belajar swim la lepas ni! 



Selfie kejap lepas puas berendam dekat 1 jam.. kekeke..


Sebenarnye takda dalam plan pun nak mandi laut! 
Baju tukar pun ofkos tak bawak la.. tapi bila aku cakap kat member aku yang aku teringin pulak nak mandi laut sebab geram tengok laut tu cantik sangat, air pulak jernih gila.. tapi baju tukar lak tak bawak, member aku selamba jer sokong.. dia cakap baju tu nanti dia kering sendiri kat badan sebab kena angin laut yang kuat ni. So, tak tukar pun tak apa.. lagipun baju yang aku pakai sekarang ni jenis tshirt. So, boleh lah... aku pun tak tunggu lama terus ke laut semula ahh! Nak berendam! 🙈🙈🙈


Baru betul - betul bedal !!! 
HAHAHA




Snap ikan kat bawah jeti sambil tunggu bot nak balik Jesselton Point. Jernih sungguh air.. masyaa Allah!!! Hopefully lepas ni boleh melancong lagi tengok pantai-pantai cantik kat mesia ni mahupun kat oversea. Aamiinn... 


Tapi kalau dah ada lesen berenang lagi best kan!!!
Apa, lesen berenang? Lantokkk. Janji paham sudah kan.. 😆😆😆



Jom balik!!! 
Malam ni nak shopping. Yes! yes! yes!





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.