Ads Top

Ruang Tamu Dah Siap Plaster


Tengah hari macam ni rasa mengantuk jee.. 


Lengan pun lenguh-lenguh dah sebab aku update blog melalui henfon je.. dulu tak puas, tapi sekarang dah selesa. Dah biasa. So, update blog ni sebenarnya kita tak payah pun tunggu ada pc atau laptop depan mata baru boleh update k! 😉 aku start update blog guna henfon sejak dari entri tentang darah tinggi semasa pregnen haitu lagi.



Seperti dijanjikan, harini nak up progress ruang tamu baru kami. Dalam entri sebelum ni, ruang tamu dah nampak rupa sikit cuma belum plaster dinding je. Ni nak share rupa ruang tamu tu lepas dah di 'plaster' dan progress yang lain. Alhamdulillah.




Ni bahagian dinding dekat porch kereta. 
Dinding ni berkongsi dengan jiran sebelah.
Langsung tak ingat nak bagitau dia dulu yang aku nak naikkan dinding kat bahagian ni.. 


Tapi aku rasa dia ok. 
Sebab dia ada buat pagar konkrit kat sini lepas aku dah buat ruang tamu ni. Sama jugak, takde bagitau aku. Tapi aku ok je. 😊




Dinding sebelah satu lagi. 
Bahagian dalam ni semua dah siap plaster dah.
Sliding door belum pasang lagi time ni.


Dinding ala lutsinar tu sebenarnya kami bukan nak  susun camtu. Tapi bukan salah dorang. Salah kami. Sebab tak bagitau awal nak letak dinding lutsinar ni macam mana. Tukang rumah buat bahagian ni dulu sebelum bilik 4 dan dapur.


Bahagian luar dinding tadi.
Pun dah siap plaster dah. 




Ni selepas dah pasang pintu murah aku tu. 😂
Teringin jugak pintu besar.. next la.. sobsss...


Sebab kami buat reno/tambah banyak bahagian (bilik 4, dapur, ruang tamu, grill, skirting), sebab tu terpaksa lupakan dulu pintu ke... kipas ke... KC ke... yang cantik tu sebab takut shortage duit.. aku memang takkan buat loan (in shaa Allah) kalau bab-bab renovate ni. Tak kira lah loan rumah untuk kerja - kerja renovate ke atau pun loan personal sebab semata-mata nak renovate. Sebab benda ni (renovation) boleh hold dulu. Lain lah kalau terpaksa.. jika dibiarkan menyusahkan atau memudaratkan. Aku serik nak bayar loan dah! Moga aku istiqamah. Aamiin yra...


Dan.... 
semoga projek reno ni pun berjalan lancar...
aamiin...




Sliding door pun dah dibawak ke depan dah.
Time ni aku tak dapat nak imagine camna final result rumah aku nanti 😓


Pujuk hati supaya sabar. 
Benda tengah dok bikin, jangan cepat sangat buat telahan.. kan? Orang kata, nak reno ni kena sabar... lagipun, rumah kan walau pun kita dah siap reno dan kata taknak reno dah, tapi kau tengoklah nanti.. pasti ada je yang kita nak buat kat rumah kita kan? Renovation never die gitu kehkeh!


So, jom lah tengok 
pandangan rumah aku dari arah depan...



Tak sabarnye nak tunggu siap! 😀
Ya Allah... syukur alhamdulillah...



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.