Thursday, 13 April 2017

Ruang Tamu


Ruang tamu oh ruang tamu...


Ruang tamu rumah aku kecik je..
Kalau ada tetamu, memang jadi sempitlah. Nak-nak tetamu pulak ramai.. kat situ lah budak-budak nak tengok tv, kat situ jugaklah tempat aku nak bersembang dengan tetamu, kat situ jugaklah nak jamu makan minum.. kalau ada perabot? Lagilah sempiiittt.. 😣😣😣


Sebab tu lah aku decide nak tambah satu area untuk dijadikan ruang tamu. Tapi, ikut plan aku, bukan nak buat sekarang la.. ikutkan, nak aje duduk dulu rumah ni barang 4 ke 5 tahun dulu, agak anak-anak pun dah besar, barulah nak buat ruang tamu baru tu.. sebab apa? Sebab nak bagi rasa boring dulu dengan design rumah lama barulah nak buat apa-apa renovation..
Boleh? Hehe.. lagi satu sebab nak kumpul duit untuk settle kan loan personal aku tu cepat-cepat... 😂😂😂


Tapi aku ada dengar jugak.
 Better kalau ada modal, buat siap-siap. Sebab kalau dah pindah masuk nanti, susah.. kena kemas balik barang-barang, kena hadap debu dan habuk, tahan mata tengok rumah tunggang-langgang lagi.. lagipun agak bahaya sebab rumah dah dikira macam tak berapa nak selamat duduk.. hmmm...


Macam kes aku. Hari aku pergi check defect tu (pergi dengan husben), nampak selang 2 buah rumah ada buat renovation. Aku tegur la akak tu. Cadang nak tengok apa yang dia buat kat rumah dia sambil berkenal-kenalan. Ingat dia tuan rumah. Rupa-rupanya wife kontraktor/tukang buat rumah.. 😁


Lepas aku masuk melawat KC dengan Hall yang dia buat, kami pun bertukar-tukar nombor telefon. Lepas tu aku ke rumah aku balik. Tak lama lepas tu, Kak Su datang rumah. Aku just minta quotation dulu dari dia lepas aku terangkan apa yang aku nak buat kat rumah ni. 


Lepas tu, Kak Su suruh jumpa dia nak tunjuk Quotation. Bila dah dapat Quotation, kami bawak balik dulu. Kat rumah sewa, lepas belek-belek quotation tu, husben aku cakap "murah!" Lagi pun, memang modal dah ada.. excited kot, terus setuju nak buat. Padahal ingat nak duduk dulu tak payah buat apa-apa lagi! Tapi husben aku cakap better buat siap2 sebab takut jadi macam yang aku cakap tadi tu lah.. 😅


Aku berbelah bagi antara nak kumpul duit dulu dengan nak reno rumah terus! Kalau kumpul duit dulu, in shaa Allah lagi 4 tahun bolehlah nak bayar lump sump untuk settle loan personal aku tue sebab aku ni bab2 berjimat dan menyimpan memang boleh diharap la.. bukan jenis boros... Hmmm... entah macam mana, mungkin nak jadi rezeki dorang kot, aku pun setuju nak buat. Padahal takda orang paksa pun.. mungkin sebab husben yang suruh kot.. tapi selalunya aku bukan senang nak terpengaruh dengan kata-kata orang pun.. takda rezeki kot.....


Aku harap lepas ni bolehlah start menyimpan balik. 
Nak settle loan personal aku cepat-cepat! 😐😐
Aamiin ya rabbal alamin...


Kali pertama bank in kat tukang rumah tu, tak teringat pulak nak transfer dulu duit dari Maybank aku ke dalam akaun Cimb aku. Sebab aku cuma ada online banking dekat cimb je. Tukang rumah pulak guna Maybank. So, rekod aku transfer duit kat tukang rumah tu cuma harapkan slip bank in jelah.. lepas tu, kali kedua dan seterusnya aku guna cimb je untuk transfer duit. Senang nak check.



Bata dan pasir dah sampai! 
Dah siap tambun depan rumah.


Aku cuma bank in duit je kat tukang. Dorang lah yang beli barang. Tak reti lak aku nak beli barang sendiri.. bank in jelah senang. Biar dorang buat semua. Aku tahu, rumah siap je.. hehe..


Aku dengan husben pergi melawat rumah time ni tengah hari, nampak ada crack kat pagar depan. Husben cakap mungkin lori bata dah langgar kot. Dan memang aku akan pergi tengok rumah dengan husben. Tak berani nak pergi sorang-sorang. Apatah lagi bawak baby kan?


Bila dah nampak bata dan pasir ni, rasa HEPI semacam je.. kuikui.. tak sabar pulak nak tengok rumah siap reno! Hahah.. 😃




Depan rumah


Plan nak tambah ruang tamu tu kat depan pintu sliding ni lah.. bawak sliding door tu ke depan lagi. Lepas tu nak masuk rumah melalui pintu kayu. Takmo masuk dari pintu sliding dah..


 Selain bata dengan pasir, beli jugak simen dua beg dengan pintu kayu. Simen tu dah siap kena rembat se beg dengan malaun mana entah! Tinggal se beg.. Geram jerr aku rasa! Mujur pintu murah aku tu dia tak rembat. Walau pun pintu murah... kalau kes kena curi ni memang gerammm sangat!




Pintu kayu murah


Beli pintu yang murah je ni. Tak tahu lak aku berapa harga pintu ni. Mungkin RM250 kot... Bagitau kat Kak Su tak payah beli pintu yang mahal sampai lebih RM1K tu.. sebab takut lari bajet.. nanti-nantilah tukar pintu yang besar dan lawa sikit tu kan.. huhu.. 




Tepi rumah.


Kiranya, tak lama lepas tu, tukang rumah start buat rumah dah.. berbunga je rasa hati bila tengok positif progress renovation rumah! Hehe.. 



Husben tengah dukung baby sambil berdiri depan ruang tamu baru kami yang sedang dibuat. Kat belakang husben, ni lah ruang tamu asal yang developer bagi. Ruang ni nanti akan jadi ruang menonton tv. 


Jom close up sikit ruang tamu baru!



Tiang penjuru dah dibuat. 
Cuma dinding dengan lantai je belum...




Ni lepas dah naik dinding separuh. 


Time ni, ada sub con wiring tanya, nak buat wiring macam mana. Dia ni adik-beradik Kak Su jugaklah. Sebelum ni Kak Su ada bagitahu kami yang grill pun adik beradik dia jugak yang buat. So, husben aku pun bagitau lah wiring kat mana dan macam mana yang dia nak.  


Seingat aku, dia nak buat wiring untuk lampu di porch ni dengan plug point jugak di sini. Kat belah dalam di ruang tamu baru kami, nak buat plug point jugak untuk lampu dan kipas. 


Yang ni aku tak surelah.. 
bab ni orang laki2 mesti hebatlah kan? Hehe..



Dinding ruang tamu baru dah siap! 😊


Memula aku ingat dinding ruang tamu ni akan selari dengan dinding ruang tamu asal rumah.. rupanya tukang rumah ambil lebih dari dinding asal tu dalam lebih kurang 3-4 kaki.. lebih kurang 3/4 dari saiz lebar pintu kayu tadi.. ermmm




Yang hitam ada wayar elektrik tu nak panggil apa ek?
 So, benda tu akan diubah ke luar bila semua dah selesai buat kat ruang tamu baru nie.. akan diletakkan menghadap jalan tar depan rumah. 


Aku perasan something... 😰
Nantilah aku buat entri lain.. 


Jom kita close up ruang tamu baru ni yang dah siap naik dinding!





Tak sabar nak tengok bahagian ni siap!


Next entri aku nak post bahagian ni yang dah siap berlantai dan dinding yang dah plaster dan jugak sliding yang dah siap dibawak ke depan! 


Patutlah orang suka berhabis sampai RM100K pun ada untuk renovate rumah kan, sebab seronok bila dapat menyaksikan rumah yang selama ni diangankan berada di depan mata!