Friday, 14 April 2017

Shopping di Sabah


Hari ni nak up entri hasil shoppingan di Pasar Kraftangan KK dengan hasil shoppingan di tempat-tempat tarikan pelancong semasa aku ke Sabah haitu.


Berbalik kepada entri sebelum ni, sebenarnya badan dah letih dan mata dah mengantuk lepas balik dari melawat 3 pulau petang tadi kat Sabah ni. Sebelum tu nak bagitau, baju yang aku pakai buat berendam air laut kat Manukan Island tu serius kering!!! Kering waktu aku masih lagi kat sana (Jeti Manukan Island) tunggu bot amik kami balik ke Jesselton Point! Hehe 😁


Ok. Sambung balik. Lepas sampai hotel dalam pukul 5 petang camtu, kami mandi dan sempat lah tido dalam sejam lebih gitu.. bila masuk maghrib je, terus solat dan siap-siap nak gerak ke Pasar Kraftangan kat KK. Member aku cakap, mujur tak shopping lagi semalam. Kalau tak, nak je dia sambung tido kat hotel sambil layan buat taik mata! Amende la... kuar lagi bagus. Mengeteh ke apa ke kan.. hehe..


Kat area Pasar Kraftangan bumbung hijau tu, sangatlah susah nak parking!! Mujur kami sewa viva je. Barulah viva forever. Ada ruang boleh mencelah kan.. hehe.. Itu pun dah terpaksa jalan agak jauh jugaklah.. tapi aku ok je.. 🤗


Tak ingat nak selfie kat sini. Orang tak ramai sangatlah.. Tapi takde lah releks nak memilih barang.. berpeluh-peluh jugak. Gelabah pun jugak.. sebab pe?.. Sebab souvenir kat sini best sangat!!! Actually, aku tak membeli sangat pun. Adalah sikit-sikit membeli sebab dah banyak membeli masa melawat Mesilau Nature Resort, Desa Cattle Farm dan Rumah Terbalik haitu.. souvenir dengan tshirt dorang mahal jugaklah kalau nak banding souvenir kat Pasar Kraftangan KK nie.. tapi kat sana special sikitlah.. eksklusif.. kalau minat benda ekslusif ni bolehlah beli, kalau tak kisah bolehlah beli kat sini je souvenir semua. Murah pun murah!


Lagipun, ada sedikit kesilapan teknikal berlaku dekat aku... berkenaan bayar loan kereta guna cimbclicks. Hmmm.. malas nak cerita lak. So kesimpulannya, wang tak banyak la nak shopping kat sini.. 😣 Tapi bolehlah... ikut hati nak je membeli sampai tak cukup jari! Hehe..


Jom tengok apa yang aku beli kat
Pasar Kraftangan Sabah.



Souvenirssss... 😘😘😘



Rumpai laut 


... and ada lagi satu lupa nak snap! 
Aku belikan untuk mak aku. Kulit siput gantung-gantung berjurai kat ambang pintu tu.. nak panggil apa ek? 😀 beli yang ni sebab mak aku pesan tak payah beli apa-apa dah brooch ke tshirt ke seafood ke.. 


Ok tu je. Hehe.. tak ingat lak berapa total habis kat sini. Tak sampai RM200 tu pasti.. sebab seingat aku, siput jurai-jurai kat mak aku tu harga dia RM45, rumpai laut lak RM50 rasanya.. souvenir pun murah je..


Jom tengok souvenir yang aku dah selamat agihkan kat orang tersayang...



Butang baju kat husben aku. 
Cantik tak? Banyak lagi design yang cantik-cantik. Sebab duit tak banyak yang tinggal, jenuh lah memilih kan? last sekali amik yang ni. Beli satu je. Ikut hati nak je beli 10-15 lagi set butang baju ni! Untuk husben 5 set, yang lain tu untuk abang, adik and anak aku. Tak silap aku harga rm8 je satu. Kalau beli banyak, mesti boleh dapat lagi murah atau 1 set lagi percuma! 😍 spend rm100 untuk ni je kan? 




T-shirt untuk anak-anak aku. RM15 sehelai.
Masa ni Che Ah baru setahun setengah so aku tak beli apa pun kat dia. Just beli kat 2 hero aku yang dah besar tu je. ☺


Gila seronok tengok t-shirt Sabah baq hang! 
Tak larat pilih design weh!! Semua lawa-lawa. Kualiti pun bagus sampai sekarang. Kain tak panas dan tak nipis atau cepat turun kaler. Masih elok je sampai sekarang. Harga pulak gila sangat-sangat berbaloi! Rasa geram jer nak rembat 10 helai ke kan campur saiz budak dengan orang dewasa. Pilih kat anak pun dah jenuh. Kalau pilih kat diri sendiri camna lah agaknya kan? 


Kalau nak beli tshirt Sabah lepas ni memang best shopping kalau ada rm150-200 ke untuk baju saja. Baju husben dengan anak-anak dan diri sendiri.




FM dua ketoi tu bagi kat ofismate aku iaitu Kak Mah dengan Ju. Pastu suruh dorang pilih lak rantai tangan mana yang dorang suka. Hehe.. seronok tengok dorang hepi bila aku suruh pilih tu. 😊 member travel aku lak belikan brooch satu papan. Bagi satu design brooch kat Kak Mah. Suruh pakai time raya. Hehe suke Kak Mah! Rantai lebih lagi satu tu nak bagi kat adik aku, Eda.


Pilih rantai tangan ni pun satu hal! 
Tak tau nak cakap! Rasa macam nak beli banyak-banyak. Color combination sangat cantik... 😂
Masa nak agihkan ni pun dah rasa sayang nak bagi. Sebab kiut sangat rantai nie!  Patutlah member aku kakmah dengan jue suka sangat bila aku suruh pilih yang mana satu dorang berkenan. Kak mah ni ofis lain. Ju ni ofis lain. Kalau satu ofis, mesti berebut dah dorang nie hehe..


Satu rantai ni kalau tak silap aku harga bawah rm10. Bajet rm100 je dah ok.. puas membeli! 



FM ni aku bagi kat Bos.. bos ramai kan... hehe..
Semua beli kat Pasar Kraftangan KK kecuali yang tulis Desa Dairy Farm tu je aku beli kat Kundasang.


FM nie bukan yang bundle tu. Yang bundle tu tak berapa nak sinonim sangat dengan Sabah. Maksud aku macam fm corak basikal ke, topi ke, selipar ke, pen ke.. tapi ada lah tulis Sabah atau Borneo tu.. murah sangat. Satu bundle entah berapa fm ada tak tanya lak aku. Tapi aku tak berapa berkenan jenis tu. Aku lebih suka beli fm atau keychain yang ada signature Sabah. Contoh macam yang aku beli ni lah.. ada peta negeri Sabah, bentuk gunung Kinabalu, bunga Rafflesia.. barulah feel... 😆


FM ni 3 ketoi rm10 kalau tak silap. Standard macam selalu orang jual la.  Elok sangat bajet around RM80-100 untuk FM ni. Hadiah kat jiran sekali. 




Yang ni lak bagi kat Kak Ipar aku, Kak Sumanti.
Dia orang Sabah. Selalu kalau balik dari Sabah mesti dia belikan aku rantai macam aku beli kat Kak Mah tadi tu. So, aku tak tahu nak beli apa kat dia. Lepas tu ternampak benda ni. Cantik jugak buat gantung kat cermin pandang belakang dalam keta tu kan?


Masa nak pilih ni pun, rambang mata tengok! Cantik sangat susunan manik-manik tu. Macam-macam kaler ada. Kalau bawak banyak duit, seronok jugak beli ni banyak-banyak bagi kat member-member. 😃 bajet around rm50 untuk ni. Memver lelaki sesuai la bagi yang ni kan..


Sekali balik dari Sabah, hadiahkan 3-4 jenis souvenir kat member dan adik beradik pun takpe sebab souvenirnye murah sangat! Nak bagi satu jenis je tak sampai hati sebab kita tau barang tu murah kan.. bila bagi kat dorang 3-4 jenis tu campur-campur serba satu rantai tangan, brooch, fm, dengan benda gantung dalam keta ni pun dah ok. Suruh dorang pilih sendiri. Mesti seronok. Kalau yang ada bajet lebih tu, bagi tshirt sehelai pun dah ok sangat2!


Jom tengok lak hasil shoppingan aku kat luar KK lak.. Dalam entri aku melawat tempat tu pun dah cerita sebenarnya. Ni saja nak keluarkan balik gambar tu untuk nak kumpulkan apa yang aku dah beli kat Sabah haitu.



T-Shirt. 
Sehelai RM40. 
Beli kat Mesilau Nature Resort, Kundasang.


Masa kat Mesilau NR ni, nyaris aku nak terbeli rama-rama awet dalam frame. Harga dia seingat aku RM170! Yang Rm 450 pun ada aku tengok. Rama-ramanye ada seekor je dalam frame tu 😂 Tapi seriusss... rama-rama awet tu sangatlah cantikkkkk!!!! Sampai sekarang dok mengidam nak beli satu kalau ada rezeki lagi nak ke sana. Adik yang jaga kedai tu cakap, tourist suka beli rama-rama. Rama-rama tu dorang dapat dari gunung Kinabalu. 


Tak kisahlah tourist suke ke tak, yang pentingnye, rama-rama tu sangat cantik!!! Kalaulah aku ingat nak snap, boleh tunjukkan kat korang di entri ni. Kan?




Fridge Magnet. 
Sebijik RM8.
Beli kat Desa Cattle Farm, Kundasang.


Kat DCF ni tak banyak design FM. Harga lak boleh tahan. Mmm... kalau datang Sabah lagi next time, tak payah dah beli FM sini. Beli kat Pasar Kraftangan pun lagi cantik! 🤔




Buah-buahan dan Kuih tradisi Sabah. RM45.
Pasar Buah Kundasang, Kundasang.




T-Shirt, Poskad dan Keychain.
Almost RM50.
Rumah Terbalik, Tamparuli.


Total aku habis untuk shopping tak sampai rm400 pun. Sikit sangat shopping! Masa nak balik ke Penang kat airport KK Terminal2, jumpa balik kawan ofismate aku yang 2 orang tu. Best jer tengok dorang beli udang kara siap bungkus dalam kotak letak ais lagi! Mungkin next time pergi Sabah aku try beli macam ni pulak! Tak penah try beli barang basah camni bawak balik.. 😃 yang aku ingat, mutiara dengan rantai tangan jer yang best kat Sabah nie! 


Next time kalau melancong kat Sabah ni, bawak RM1000 baru seronok shopping... RM100 butang mutiara baju melayu, RM200 tshirt untuk 4 orang, RM100 untuk rantai kristal, RM100 untuk Fridge magnet, RM100 untuk 2 papan brooch mutiara buat pakai pi kenduri atau raya, dan selebihnya beli lobster around RM400.


Jom kumpul duit lagi 😄!!!