Ads Top

Update terkini Ruang Tamu


Syukur Ya Allah...
Nampak lah rupa sikit macam ruang tamu lepas dah siap sikit berbanding haitu... 


Sebelum 😓
  



Selepas 😃



Ruang tamu dah siap dicat undercoat.


Tengok gambar sebelum dan selepas ni nampak beza gila! Kan? Tapi, Alhamdulillah akhirnya ruang tamu dah nampak macam ruang tamu... phewww! 
Merecik peluhku!!!


Nak bawak sliding ke depan ni ada ceritanya...
Kalau ikutkan, tukang hanya bawak sliding aje ke depan. Cermin kat atas sliding tu dorang tak bawak. Kat situ dorang akan just naikkan simen je. 


Mujur kami sempat bagitau dekat Kak Su (wife tukang) supaya bawak sekali cermin atas sliding door tu. Sebab takut nanti nampak kemetot/pendek pulak bahagian depan ni tanpa cermin atas tu..


KakSu bagitau, untuk buat macam tu, dia kena order orang untuk buat semula cermin dengan frame cermin tu sebab ukuran frame dengan cermin asal besar sikit dan tak muat nak letak atas sliding di tempat baru. KakSu cakap mungkin lambat kalau nak tunggu siap cermin dengan frame tu. Kalau tak buat, cepat siap lah ruang tamu ni. 


Memandangkan aku tak rushing nak duduk sini, so aku tak terpengaruh dengan kata-kata KakSu hehe... aku minta tukang buatkan jugak. Yang ni takleh fikir sangat bab bajet... walaupun seriau jugak nak minta dorang buatkan huhu... so done! Back to the story ehehe...


Dekat nak balik dari tengok progress rumah baru lah aku snap gambar depan rumah sekeping. Nak hujan time ni. Mostly projek kat rumah aku banyak yang dah siap dalam 70% above... 


Macam ruang tamu ni, dari luar nampak macam dah siap, tapi sebenarnya ada lagi yang belum... errmm..




1. Meter elektrik tu dah ubah dari kedudukan asal yang developer letak. Tapi aku macam risau jugak sebab kedudukan yang baru ni macam terlalu terdedah dengan hujan panas... setuju tak?


Husben cakap bekalan eletrik tu nanti lagi sebulan nak masuk rumah baru dia nak pergi TNB untuk panggil dorang pasang. Buat masa ni cuma ada papan meter letrik je dulu 😂


So, yang tak siap ni adalah di pihak aku. Tak risau sangat ehehe..


2. Cuba tengok skirting kat bawah papan meter elektrik tu... Skirting kat luar tu belum siap lagi ke.. atau memang macam tu rupa dia? Aku rasa belum siap tu sebab pelik sangat rupanya... kan? 


Eh, jap nak zoom 🔎 sikit... 



Nampaknya sah skirting sampai hujung pintu kayu. Dorang belum siap pasang skirting lagi kat sini. 



3. Ni skirting kat bahagian dalam ruang tamu baru kami. Pelik lak aku, ada jugak skirting yang tak habis pasang... macam kat luar tadi logik jugak lah sebab banyak, macam ni? alahhh.....haiii!! Ada jugak ye?





4. Undercoat dinding luar masih tak sempurna lagi. Walaupun hanya undercoat, kena cat biar covered semua bahagian yang dah bersimen tu.





5. Bahagian dinding atas cermin pintu sliding ni pulak masih kosong. Sepatutnya ada disimenkan kat sini. Kalau tak, macam mana nak letak rel curtain kan? 🤔





Mmmm....


So far, benda yang nak disetelkan tu benda kecik-kecik je... minor je.. aku ingat lagi, haitu  ada KakSu gitau aku kalau buat rumah ni, part yang besar tu cepat siap, yang lambat nak siap ni biasa yang kecik-kecik macam ni lah... nak kena kutip-kutip... huhu...


Lagipun, duit pun belum habis bayar lagi. 
Ada balance lagi tak sampai RM3K nak kena bagi kat dorang. Pastu setel! 😚 


Haitu aku ada sembang dengan husben bab duit ni. Dia cakap, duit yang hujung-hujung ni lah kena jaga. Nak explain tak pandai lak... tapi tujuan dia adalah sebagai langkah berjaga-jaga. Bukan tak percaya. Tapi tak rugi kalau kita beringat. Kan?


Major projek yang belum siap adalah grill.
Tak sabar nak tunggu grill siap pasang kat tingkap dengan pintu rumah! Lepas tu bolehlah bernafas kejap... 


Jom bersyukur. Alhamdulillah.😊


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.