Wednesday, 24 May 2017

Melawat rumah sebelum sambut puasa


Kelmarin dulu lepas habis buat test telinga dalam kul 4.30pm camtu, kami gerak tengok rumah dulu...kan dekat je.. Tapi sebelum tu berenti singgah beli nasi ayam kat kedai makan depan Maktab atau IPSAH tu... plan nak makan kat umah jap lagi. Lapar gila sebab kami belum makan tengahari.. 😣😣


Gambar makan-makan berkelah dalam rumah takda pulak.. aku makan dulu suapkan Che Ah sementara husben dukong Eshan. Kami selalu makan kat depan je.  Dekat ruang tamu asal developer buat tu. Tapi husben aku kali ni dia kata nak makan kat port 'best' katanya.. rupanya makan kat pintu dapur hehe.. alahai... tak ingat lak nak snap gambar.. tapi serius memang best! Berangin dan agak sejuk macam umah atas bukit jer padahal... 😅 hehe.. sebenarnya kan tadi hujan lebat, rumah pulak depan hutan, tepi hutan.. sebab tu lah sejuk... 


Lepas makan, macam biasa aku suka tengok-tengok bilik, dapur dan ruangtamu baru yang aku buat tu walaupun takda apa-apa perubahan pun sejak haitu.. alang-alang dah ada kat situ check aje lah kan.. lepas tu husben aku pulak merajin nak cabut rumput kat luar rumah..



Mula-mula jalan je tengok-tengok pokok semalu yang naik kat luar rumah tu.. mujur lalang kat umah kami tak naik tinggi macam rumah orang lain. Ada rumah tu aku tengok tinggi lalang dia. Heran lak aku sebab lalang umah aku takde.. pokok semalu dengan rumput je yang terlebih subur.. 🤔




Pastu cabut lak pokok yang naik menjalar kat pagar tu.. aku tengah dukung baby kat depan porch tak kuar jalan tengok sama.. sebab kan baru lepas hujan. Takut lak satgi baby deman.. lagipun sejuk gedi.. ni si Che Ah yang rajin snap gambar.. pandai jugak budak ni hehe..



Pastu cabut lak kat sini.. 


Kami fikir nak datang cabut rumput dan nenebas keliling umah sebelum puasa ni. Sebab takut lalang dengan rumput liar ni naik tinggi kan.. plan ni buat hujung minggu ni. Tapi baru teringat.. Jumaat husben aku keja. Sabtu lak dah puasa.. adoiyaiii... alamatnya tinggilah lalang lepas raya nie... hurmmm...



Gambar ni Che Ah amik. Aku dengan si Eshan. Manja ngat budak kecik ni. Pagi tadi kena gigit semut kat dahi. Banyak gila sampai merah-merah.. tak sure lak aku kat mana ada semut tu.. kat rumah aku or rumah mengasuh.. pengasuh cakap hantar pagi tadi dah ada.. hmmm... Eshan ni dah cukup 4 bulan dah 18 Mei haitu. Kalau ikut due bersalin, Eshan ni baru 3 bulan la.. 


Tengok perut aku ya Allah... menggeleber 😂
Nak buat exercise yang macam mana eh sebab aku operate haitu.. tapi geram tengok perut menggeleber! 




Ni selfie sikit kami bertiga sementara husben dok rajin tinjau rumput hehe.. baru ada gambar mek Che Ah tu.. hehe.. macam-macam gaya mek ni.. 


Lepas balik dari rumah tu, terus amik anak kat umah pengasuh.. tak tahu lak bulan puasa ni nak datang melawat rumah lagi ke tak... takpun tunggu lepas raya je.. ok. Tu je nak update. See u soon bebeh!!! 😘😙🤗