Sunday, 28 May 2017

Puasa 2017 ~ day 2


Alhamdulillah... 
selamat berpuasa harini di hari kedua Ramadhan.
Moga-moga ibadat diterima in shaa Allah..


Malam ni rasa nak abadikan memori berbuka petang ni. Lepas balik keja petang tadi, aku singgah kedai runcit membeli bahan-bahan nak buat apam balik sebagai dessert malam nanti. Plan nak masak lepas berbuka in case kalau anak sulung aku tu tak kenyang lagi.. sejak lebih kurang 2 bulan ni, memang dia 'lalu' makan sangat-sangat... alhamdulillah... aku syak maybe sebab dia aktif bersukan main football kat sekolah kot... tapi sejak tahun lepas lagi dia dah sukan lepas KAFA kat sekolah... takpelah.. tak kisahlah.. janji anak sulung aku ni dah mula makan nasik bertambah-tambah... takdelah menu western jer memanjang... roti..roti..roti.. 😅


Sekarang ni angah pulak yang makan nasi sedikit.. heran jugak! Terbalik! dulu dia pemakan. Kalau kami sebut dia hantu udang lipan, nanti dia sendiri tambah hantu ketam, hantu durian, hantu aiskrim hehe.. Petang tadi angah tu dah nangis-nangis tahan lapar.. mujur waktu tu dah pukul 7.23pm camtu.. bila aku pergi depan tengok dia, kepala dia letak atas peha abah dia sambil abah dia dok pujuk-pujuk suruh tahan... aku pun terpaksa asah balik ilmu pujuk-memujuk ni kononnya nak bagi motivasi kat angah agar terus bertabah kekeke 😆 


Aku syak dia lapar tu sebab tadi husben bawak dorang berdua pegi bazar kot.. letih gamaknya.. takpun sebab teringat makanan yang dibeli kot hihi... 



Murtabak selamanya.... 


Murtabak. Beli 2 keping jer. Tebal standard. Tak nipis.. ok lah harga dia.. Harga tahun 2017 RM2.50. Tahun 2027? Husben cakap tahun lepas sedap sikit dari tahun ni. Padahal orang yang sama menjual. Tahun ni orang tak ramai membeli. Tahun lepas sampai kena beratur... Seronok kan kalau berniaga sukses macam tu... 


Disebabkan dah ada murtabak ni, maka tak menjadilah apam balik aku... takpa, bahan-bahan dia tak mudah expired! Mujur aku plan nak buat malam. 
So, petang ni aku just masak nasi bersama menu Sambal Tumis Ikan Semilang jer. 




Sambal tumis ikam semilang


Ikan semilang ni kalau suruh aku siangkan, memang selamanya jadi ikan la... tak jadi lauk 😅 ikan pelik-pelik ni memang aku tak pandai nak bersiang. Masak tadi semua rasa dah okay tapi aku makan tak pulak bertambah-tambah... mungkin sebab dah makan murtabak dulu kot.. syok berebut makan murtabak! 


Masa aku pergi kedai hardware petang tadi nak beli kepala paip air yang dah rosak kat rumah sewa ni, ada orang kat dalam kedai tu bagi bubur lambuk. Alhamdulillah... beli kepala paip air harga dah RM19.00. Tu pun beli yang jenis murah je hihi..



Bubur lambuk


Alhamdulillah... rezeki anak-anak.. 
Ok tu je nak update. Nak tido dah sebab dah mengantuk ni! So, till then ...


Bye-bye!