Monday, 29 May 2017

Rezeki Ramadhan


Tengahari tadi ikut member keluar ofis pergi tengok tapak tanah yang dibeli baru-baru ni. Plan member tu nak dirikan rumah lepas raya ni.. means hujung tahun ni dah boleh masuk rumah sendiri dah la.. alhamdulillah.. tumpang seronok jugak.. 


Kami pergi berlima. 4 perempuan 1 laki-laki. Luas jugak kawasan tanah yang dibeli tu. Tak teringat pulak nak snap gambar mungkin sebab cuaca panas dan excited bersembang 😅 . Lepas balik tu kami singgah kat kedai buah tepi jalan tu. Kami banyak beli pisang je. Tapi sorang mrmber aku tu beli buah tembikai. Pasti sedap nyum-nyum minum air tembikai berbuka tadi tu hihi.. Aku lak beli pisang jer... 



Pisang $5 sepinggan.


Lepas tu makcik tu sedekah buah kuinin kat kami sorang sebiji. Tapi sorang member aku beli pisang emas rm2.50 sesikat dapat 2 biji buah kuinin.. 😘  rezeki dia la... hihi


Tapi buah kuinin tu belum ranum lagi. Dah masak. Wangi. Tapi kena tunggu sikit hari lagi baru best kalau nak buat sambal kuinin.. kan?



Buah kuinin dapat FREE hihi


Buah kuinin ni sedap je baunya.. kalau pokok dekat rumah, mesti bila berbuah,  aroma buah kuinin ni meresap ke dalam rumah. Aku suke jugak bau buah ni dapat dihidu dalam rumah. Tapi tu la.. kalau ditanam pokoknya, part yang tak larat tu nak menyapu sampah daun-daun la.. 


So petang tadi, aku just buat cekodok pisang je. Lepas tu baru goreng ayam buat masak kicap untuk anak-anak dan 3 ketul ayam lagi taruk dalam kuah lebihan sambal ikan semilang macam aku cerita semalam.



Cekodok @ jemput-jemput pisang.


Goreng cekodok pisang ni 2 trip 😅. Ni si along tu lah.. lepas berbuka makan nasik, dia la yang banyak habiskan cekodok ni. Tapi bukan dia sorang lah yang makan. Angah dengan abah pun makan juga. Bila tinggal lagi 4 bijik cekodok ni dalam pinggan, dia dah request ibu dia buat lagi... along.. along.. seronok jugak bila anak yang selama ni memilih nak makan roti jer dah berubah selera.. mujur selera baru along ni tak susah ibu nak buat... hehew... 


Ada puding roti mak pengasuh anak bagi. 
Alhamdulillah... rezeki orang sedekah. Ramai orang dah pakat bersedekah bulan puasa ni. Bestnya tengok orang pakat sibuk merebut pahala sedekah di bulan Ramadhan ni. Aku bila lagi? #insaflah


Ok. Tu je nak update. Till meet again... see ya!