Tuesday, 16 May 2017

Tips cepat memasak kari ayam sempena Ramadhan



Ehem...


Haini tetiba ada terasa macam nak up entri pasal makan. Sempena Ramadhan bulan mulia yang bakal menjelang ni, aku ingat nak share TIPS cepat memasak dengan readers semua. Mulanya aku nak up entri resepi kari ayam. Pastu tetiba rasa macam better aku up resepi pes kari ayam je.. 😆😆😆 ok tak?


Zaman sekarang ni kan semua orang bizi. Masa yang ada macam tak cukup. Terkejar-kejar nak amik anak kat nursery, nak hadap jem lagi, pastu nak memasak pulak juadah berbuka. Sebagai wanita dan ibu memang meletihkan. Ayat macam penah dengar kan? Muahaha... 


Bulan Ramadhan pulak, kita dilarang membazir..
Amalan syaiton. 👹👹👹 Biasanya kita suka guna alasan 'tak sempat' nak memasak sehingga terpaksa membeli kat Bazaar. Bila dah membeli tu terkadang kita membeli macam teruk sangat berpuasa hari tu.. last sekali bila berbuka, kuih dan lauk tak habis makan. Buang je.. so, better masak sendiri kat rumah daripada membeli kt Bazaar Ramadhan. Takde lah membeli ikut nafsu lapar tu kan? Pembaziran pun berjaya dielakkan. So, boleh jugak spend duit yang berjaya dijimatkan daripada membeli kat bazaar untuk servis kereta ke, juadah raya ke, atau pun duit nak jjcm raya hehehe... 👍


Oleh itu, jom buat pes kari ayam ni untuk Ramadhan nanti. Jom tengok resepi!




Bahan A 

- 1 biji bawang besar (saiz telur ayam)
- 1 paket rempah kari daging
- air secukupnya.
Tumbuk hancur bawang besar. 
Kemudian campurkan kari daging bersama air secukupnya. Gaul sebati.



Bahan B

- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- halia (saiz 2 ibu jari)
Tumbuk hancur semua bahan di atas.



Bahan C

- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
Dibasuh dahulu bahan ni.



Cara membuatnya

1. Tumis bahan C sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan bahan B sehingga wangi.

3. Masukkan bahan A. Tumis sehingga pecah minyak.

4. Tutup api. Sejukkan atas dapur. Lepas tu boleh masukkan dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk (bahagian sejuk biasa)




Tu je. Mudah kan?


 Simpan dalam peti sejuk siap-siap nanti masuk je Ramadhan boleh dah jimat masa nak memasak kari ayam. Boleh jugak apply buat kari daging. Semoga bermanfaat! Selamat berpuasa in advance 😘😚😉