Tuesday, 23 May 2017

Ujian Pendengaran di Klinik Otorinolaringologi


Ahad kelmarin 21 Mei 2017 anak aku, Eshan ada appoinment doktor di Hospital Sultan Abdul Halim untuk buat test pendengaran. Pukul 1240 aku siap punch kad dah.. keje separuh hari. Pastu gegas amik anak kat umah pengasuh..





Sampai umah, kelam kabut jugak lah nak bersiap. Pukul 1.40 baru gerak dari rumah ke hospital. Dalam perjalanan yakni dekat area Cmart Amanjaya Mall tetiba hujan lebat ya amat.. terlupa pulak nak bawak sweater.. memang sejuk.. 😖😖 lepas daftar amik nombor kat lobi, terus ke klinik Otorinolaringologi.


Sebenarnya masuk kali ni dah 2 kali test telinga si Eshan ni. Pertama kali failed sebab dia tak duduk diam. Nak buat test telinga ni kena duduk diam-diam. Nurse akan taruk gel macam gel yang sapu kat perut perempuan pregnen tu.. gel ni memang sejuk sebab kena aircond kan.. memang meronta la si Eshan tu sebab tak suka gel tu agaknya...sebab gel tu sejuk kot.. hmmm... pastu dia akan letak pulak alat kat telinga. Ada skrin komputer yang akan tunjukkan graf bacaan ujian telinga tu. Result pun tulis kt skrin tu jugak.. time tu jugak boleh tau lulus ke gagal.


Kali ni aku taknak balik lagi lepas test kali pertama failed. Mujur nurse pun suruh dukung kat luar dulu bagi baby tido.. kalau tak, memang tak boleh buat test dan amik appoinment tarikh lain, melainkan kalau dia mau duduk diam hehe.. so, aku dukung dulu si Eshan ni kat luar bilik test tu kot-kot dia nak tido.. tapi hampeh.. siap terpekik-pekik lagi kat dalam tu. Husben aku cakap dia marah kot sebab tadi dia rasa macam orang nak buat apa2 kot kat dia... 😅



Selfie berdua jap kat depan bilik ujian telinga ni.
Sandal ni sebenarnya aku nak buang dah haitu. 
Tapi mujur tak jadi. Pikir boleh buat standby kalau sandal yang tengah pakai putus tali ke.. takde lah kelam kabut aku cari kasut emergency.. berjasa sangat sandal ni. Haini dia berjasa kat aku lagi sekali sebab hujan lebat tadi kan.. tak rosak kasut baru aku.. 😊


Lepas tu husben aku lak dukung si Eshan ni.
Tak nampak rupa macam nak tido pun prfffttt... 



Sambil dukung sambil baca notis board. 
Tadi aku pun baca jugak.. kekeke.. 




Jauh dah dukungnya...
Tapi si Eshan tu macam santai jer... 
Dari jauh nampak mata dia tu tak pejam-pejam pun!


Rupanya si Eshan ni taknak tido lagi sebab dia dah membuang air besar hihi.. so lepas tukar lampin, baru nampak dia menguap.. mula lah mengamuk-ngamuk nak tido. Haishh... so aku keluarkanlah botol susu.. lapar la tu kot..


Tetiba nurse tadi datang kat aku. Dia bawak sorang lagi nurse. Maybe lepas tengok anak aku elok je menyusu susu botol sambil mata terpejam, terus dorang suruh masuk bilik ujian. 


Dalam bilik ujian tu anak aku terjaga balik lepas sekali lagi dia terasa sejuk-sejuk gel tu kat dahi dengan telinga dia. Sekali lagi dia mengamuk! Nurse pulak pegang dia dan aku pulak berdiri. Maybe sebab dah mengantuk agaknya si Eshan tu hanya pandang je nurse tu sambil isap botol susu.. alhamdulillah.. test dua-dua belah telinga lulus! 😃


Lepas ni dah takde dah appointment untuk test telinga Eshan. Alhamdulillah...