Ads Top

(PART 16) Admit ward kali kelima ~ Doppler & Dexamethasone


Jujur aku katakan yang sebenarnya aku rasa sayu... 


sayu sangat-sangat bila mengenangkan entri tentang pengalaman aku PIH iaitu menghidap darah tinggi semasa mengandung anak keempat ni sudah hampir sampai ke penamatnya... tak muncul-muncul idea dalam kepala nak tulis apa dan nak mulakan macam mana supaya penamat kisah ni meninggalkan kesan dan kepuasan kepada pembaca setelah mengikuti cerita aku sejak awal entri... ada ke?


😂😂😂



Takpe... mari aku habiskan... 
~ tarik nafas panjang ~



16.01.2017 aku diadmitkan ke wad sebab hyperuricemia.
Kali ke-5 admit wad HSAH dalam tempoh 2 bulan. 


Hari pertama aku di wad, alhamdulillah baik-baik sahaja.
Aku ingat lagi malam tu Dr. Harun ada ronda wad. Dr.Harun ni specialist k! Ada sorang lagi doktor india perempuan escort dia. Nama dia Dr.Vaani. Dr Vaani ni baru lagi rasanya. Turut escort dua org doktor tadi adalah sorang jururawat.


Bila sampai turn aku, Dr.Harun berdiri kat hujung katil aku.
Dia kemudiannya tanya sama ada aku ada tak rasa loya, pening, atau nak muntah dan pedih ulu hati (sign of pre eclampsia)? Aku jawablah takda. Sebab memang takda rasa pun simptom tu semua. Hehe.. tak tipu pun.. tapi Dr.Harun macam tak percaya kot kat aku. Sementelah lagi aku ada rekod takmo admit ward baru - baru ni kan? haha! Sambil dia bercekak pinggang pandang nurse kat depan dia yang turut berada di hujung katil aku, Dr. Harun buat isyarat penukul kat nurse tu sambil senyum-senyum kat nurse tu. Oho.. ni mesti Dr.Harun ingat aku bohong dia ni! 😃


Bila penukul dah dekat tangan dia, sambil dia letak lengan dia bawah lutut kanan aku, Dr.Harun yang perasan aku tengah memerhatikan tindak - tanduk dia, terus cakap kat aku "tengok Vaani!". Sebaik saje aku pusing kepala, terus penukul tu mengetuk lutut aku! Refleks positif nampaknya! Wahhh! Cekap Dr Harun ni! Kalau patient menipu, tak sempat la nak pura-pura gerakkan kaki kan? 😁


Hari kedua sebelah pagi pula iaitu 17jan, Dr. Sushil pula ronda wad. Seronok juga bila admit ward nie.. boleh kenal ramai specialist O&G. Aku ingat kalau aku tak kena PIH ni, konfirm aku tak kenal pun mana-mana specialist O&G. Kan? Selepas dia periksa aku dan patient lain, dia cakap nak buat doppler kat aku pukul 12 tengah hari haini dekat bilik dia di klinik O&G kat bawah.


Sebenarnya bukan aku sorang yang kena buat doppler, tapi ada lagi 2 orang patient. Yang sorang tu aku tak kenal. Tapi yang lagi satu tu adalah member sebelah katil aku.. Lebih kurang pukul 1130 camtu nurse bawak wheelchair datang ke katil aku dan member sebelah. Hehe... sebab PE mother kan, kenalah duduk atas wheelchair... nurse tak bagi kita jalan sendiri sebab tempat nak buat doppler tu jauh.. takut bp naik. Hmmm... segan sangat bila terpaksa duduk atas wheelchair dan ditolak oleh nurse. Rasa macam baru lepas eksiden patah kaki jerr 😄😄😄 padahal.... dah lah tu, kena tolak dari wad dari tingkat atas sampailah di klinik O&G kat ground floor! ramai sangat orang kat situ... mesti dorang tertanya-tanya sakit apa aku ni sampai kena tolak dengan wheelchair.. malu sangat.. apa boleh buat! huhu..



Admit ward kali kelima ~ Doppler & Dexamethasone

Selfie kat luar bilik Dr.Sushil.
Tempat ni terlindung sikit dari orang sebab tu selfie tu.. hihi...



Pukul 1215 camtu Dr.Sushil pun sampai. 
Orang sebelah aku ni (yang aku tak kenal tu) masuk dulu. Masuk sekali dengan wheelchair nurse tolakkan. Aku tengok macam susah je wheelchair tu nak lepas pintu bilik tu.. tetiba Dr Sushilnathan tanya patient tu "boleh jalan dak?" Aku tengok patient tu angguk. "Oh.. kalau camtu, tak payah lah masuk dengan wheelchair.. bilik saya ni kecik saja" ... kahkahkah... rasa lawak pulak dengan Dr Sushil ni.. 😄


Kemudian selepas dia selesai, member katil sebelah aku pulak. Tapi tak sampai 10 minit pun dia masuk tetiba Dr.Sushil keluar dari bilik dia... pelik pulak aku! Aku tertanya2 kenapa dia keluar.. member aku tu dah siap check ke belum.. mujur ada 2 orang kat hallway tu, sorang perempuan dan lelaki cina kat situ (dorang ni macam gaya orang buat survey camtu) tanya Dr. Sushil nak ke mana. Sambil berjalan laju aku dengar dia sebut "OT!"


Tak lama lepas tu, member aku dengan sorang nurse pun keluar dari bilik tu. Dengan muka nampak macam terpinga-pinga je member katil sebelah ni.. Aku tanya dia dah siap buat doppler ke? Member tu jawab.. entah.. tetiba je Doktor keluar.. oh! Rupanya dia belum selesai buat Doppler disebabkan Dr.Sushil ada emergency kat bilik bedah! Tak lama lepas tu Dr. Rouse sampai. Kami buat doppler dengan Dr Rouse... tapi sorang-sorang la masuk..


Dalam bilik Dr.Rouse ni ada sorang lagi doktor. Dr Vaani yang semalam tu.. canggih jugak aku tengok bilik rawatan Dr Rouse ni.. ni baru bilik specialist O&G  hospital gomen.. kalau Prince Court tu camna lah rupanya ya.. tapi aku ada cari jugak nama-nama specialist kat sini kat internet.. Dr.Harun, Dr.Haliza, Dr.Timothy, Dr.Sushil, Dr.Rouse walaupun dorang ni specialist kt Hospital Sultan Abdul Halim, tapi dorang jugak merupakan lecturer O&G kat ipts.. kat hospital private pun dorang ada jugak jadi specialist kat sana.. ada jugak yang tulis buku ilmiah tentang O&G dan jugak terlibat dalam mana-mana study yang berkisar tentang kepakaran dan ilmu tentang O&G..


Wahhh Kagum ok! 😘


Dalam bilik Dr. Rouse ni aku tengok canggih sikit la dia punya komputer scan perut tu.. dekat siling hujung kaki aku ada monitor/tv lain yang tunjukkan scan secara live.. kalau bilik doktor lain yang bukan specialist, takda monitor ni untuk aku tengok.. kalau nak tengok baby gerak-gerak dalam perut tu kenalah pusing kepala tengok monitor scan kecik kat sebelah.. yang bilik Dr.Rouse ni monitor dia 21 inci kot.. puas hatiiii hehehe.. tak payah nak pusing tengok ke sisi sebab boleh tengok monitor kat atas tu.. tak lenguh lah kepala nak pusing sebelah je kan..


Lepas habis baring atas katil untuk scan, aku duduk balik. Dr.Rouse bagitau aku yang air ketuban aku sangat-sangat sedikit. Tapi still mencukupi buat masa sekarang. Cuma baby mungkin sukar bergerak dalam rahim la.. tak baik untuk pertumbuhan baby.. kemungkinan perkembangannya boleh terbantut. Tapi tak membahayakan nyawa... kalau air ketuban tak bertambah atau makin sedikit, maka aku kena bersalin awallah.. 😐😐😐


 Hyperurecemia aku pun tinggi jugak. Lebih 600. 


Jika bersalin awal pula, dia tak advise aku untuk bersalin normal. Sebab katanya baby aku kecik. masa scan berat baby lebih kurang 1.6- 1.8kg saja.. Saiz kepala baby tak sesuai untuk melalui saluran peranakan biasa. Dikhuatiri saluran peranakan tersebut akan memberi tekanan kepada kepala bayi yang kecil.. So, doktor advise aku untuk operate. Tapi masa nya belum tahu lagi. 


Dan lagi satu, aku kena cucuk dexamethasone semula (ubat cecair untuk matangkan paru-paru baby) memandangkan kali last cucuk sudah melebihi sebulan.. adoiiilaa... kena cucuk punggung lagi... uwaaa 😂😂😂 terbayang bekas aluminium kecik tu berisi kapas bulat-bulat dengan sebatang picagari! Dah lah scucuk dexa tu kena buat 2 kali cucuk setiap 12 jam...


Lepas tu, aku naik ke wad semula. Bertuah aku kali ni sebab Dr. Vaani offer nak tolak aku ke wad sebab kebetulan dia nak ke sana juga. Nurse tak cukup sebab ada yang kena cover kat wad lain.


Dalam wad, aku rehat-rehat. 
Sebelah petangnya aku ternampak Dr.Sushil dalam wad. Dia pergi kat workplace para nurse dan doktor situ. Workplace ni dekat je dengan bilik aku. Boleh dengar suara Dr.Sushil bertanya kat nurse situ "which patient? Which patient?" Aku ingat, mesti ada kes yang teruk nie sampai Dr.Sushil naik ke wad dan tanya patient yang mana.


"Katil 18!"aku dengar suara nurse jawab. 
Eh, katil aku 18 kan? Aku pun toleh ke belakang tengok nombor katil aku. 




La... 
aku rupanya patient yang dicari Dr. Sushil tu! 
Haih... risau nyerr... mujur lepas tu takda jadi apa-apa.. 😕.. xda pulak Dr. Sushil datang jumpa aku.. aku syak doktor tengah meneliti fail aku tu.. kat sini aku dengar nurse sebut fail patient sebagai 'ticket'.. rasa macam paham... tapi rasa malas lak nak explain kat korang kehkehkeh...



Malam tu dalam pukul 8 lebih nurse datang katil aku. Dengan laju dia tarik tirai katil. Sekejap je dah covered katil aku dari pandangan orang... Nurse bagitau aku dia nak cucuk dexa. "Penah cucuk dah kan sebelum ni?"  "Penah..... tapi dah sebulan lebih dah lah.." sambil bagitau sambil selak kain tunjuk punggung untuk dicucuk.. hmmmm... nak wat camna, pukul 8 pagi esok kena cucuk lagi... aku pasrah je lah 😖😖



Alhamdulillah malam tu aku boleh tidur dengan tenang je.. aku memang dah bersedia untuk admit ward sampai aku bersalin. Kandungan aku pun dah 34 minggu.. walaupun sebenarnya aku rasa takut bila mengingatkan tentang bersalin awal dengan bersalin secara pembedahan/operation caesaerean... 



See you next entri...




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.