Saturday, 3 June 2017

Hanya Pada Tiupan Yang Kedua...


Pagi tadi dapat mesej dari group Whats Apps. 
Ada video dari mak sent ke group family kami. 


Aku rasa perlu aku kongsikan kat sini. 
Nak cakap ayat-ayat berunsur keagamaan ni tak berapa pandai. Kekok sangat kedengarangan kat telinga.. jadi, better kita tengok jelah video ni dan amik pengajaran, peringatan ke atau apa-apa saja yang patut, yang baik-baik untuk kebaikan kita bersama.


video


Update! 
Video tak dapat dimainkan. 
So ini apa yang terdapat dalam video tadi. 


HANYA PADA TIUPAN YANG KEDUA


Kalau Allah Taala ceraikan tubuh badan saya dan tuan-puan dengan roh kita pada hari ini...


Kita akan masuk dalam lubang kubur..


Terkuburlah semuanya....
Harapan kita..
Impian kita..
Cita-cita kita..


Dan tuan-tuan tahu bila kita akan bangun semula?


Kita semua hanya akan bangun semula pada Tiupan Yang Kedua...


Tiupan yang pertama itu berlakunya kiamat.
Dan Tiupan Yang Kedua itu kita akan dibangunkan dan dihalau ke Mahsyarr...


Tuan-tuan tahu yang tunggu untuk bangun ini bukan kita?


Mereka yang meninggal dunia dari zaman Nabi Adam AS sehinggalah mereka yang akan berada di akhir zaman...


Hanya akan bangun pada Tiupan Yang Kedua...


Kita akan dibangunkan dan dihalau dari kubur...
Sayangnya kita sentiasa tidak bersedia...
Kalau kita mati hari ini, terkuburlah segala-galanya...


Tuan-tuan mengharapkan anak-anak kita? Isteri kita?
Ya! Kita mengharapkan isteri dan anak yang soleh untuk mendoakan kita..


Tuan-tuan tahu, ibu bapa kita yang telah meninggal dunia, mereka juga pernah mengharap mereka ada anak yang soleh mendoakan mereka...


Dan... 
anak soleh itu adalah kita!
Sedangkan kota sendiri lalai dalam mendoakan mereka...
Bahkan kita juga mengharapkan anak kita hendak mendoakan kita..


Tuan-tuan...
Beramallah!
Beramallah dengan amalan soleh!!!


Allah bagi kita usia..
Dia bagi kita masa..
Beramallah dengan amalan soleh!!!


Wallahi... 
bilamana kesakitan ketika malaikatul maut menceraikan nyawa dengan tubuh..
Tidak dapat dirasakan oleh kita kerana kita masih hidup...


Muhasabah lah diri kita!
Sebelum kita dimandikan!
Sebelum kita dikafankan!
Sebelum kita disolatkan!


Sebelum kita dimasukkan ke dalam lubang kubur!
Dan kita akan bangun hanya pada tiupan yang kedua!



***


Semoga bermanfaat. In shaa Allah.