Ads Top

Resepi Sambal Tumis Peria


Resepi Sambal Tumis Peria


Aiiii... rasa macam lama jer tak membebel kat belog ni. 
Raya 'sakan' sampai tak update belog! Hehe.. nak warm-up balik skill membebel ni rasa macam kekok lak 😅


Skill membebel kauu! ahaha..


Sambal tumis peria adalah menu kesukaan aku jugak.
Sedap sangat kalau makan dengan ikan temenung yang digoreng garing. Ikan temenung goreng memang makanan aku sejak kecik. Jarang la boleh makan ayam. Lagipun dulu kecik-kecik memang membesar kat tepi laut, ikan fresh mudah sangat dapat..


Wah skill membebel dah semakin baik nampaknya. 
Jomlah tengok resepi.


RESEPI SAMBAL TUMIS PERIA


1. Sebiji PERIA.
~ rendam dalam air garam selepas dipotong kecil.

2. GARAM dan KUNYIT secukupnya

3. MINYAK untuk menggoreng.

4. BAWANG MERAH 2 ulas dan BAWANG PUTIH 3 ulas.
Tumbuk separa lumat.

5. CILI KERING yang dah dikisar 5 sudu makan.

6. UDANG KERING 3 ekor ditumbuk lumat.

7. ASAM KEPING 1 hiris.

8. AIR KOSONG 3 sudu makan.


CARA MEMASAK


1. Lumur peria dengan garam dan kunyit.
Goreng 5 minit. Angkat dan ketepikan.


2. Menggunakan minyak lebihan gorengan peria tadi, 
tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.


3. Masukkan cili kering bersama udang kering. 
Goreng sampai pecah minyak.


4. Masukkan asam keping dan air. 
Tunggu sampai mendidih sedikit.


5. Lastly, masukkan peria dan garam secukupnya. 
Gaul sebati dan siap...



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.