Sunday, 4 June 2017

Resepi Sayur Bendi Goreng Sambal



Bendi Goreng Sambal


Resepi oh resepi!  Mentang-mentanglah bulan puasa kannn!!! πŸ˜† 
Belog ni sampai belacan pun boleh buat entri kahkah!!


Eh cerita pasal belacan haitu, member opis aku tu dah bawak belacan yang aku order haitu. Menyengattt tak ingattt keharuman belacan tu dalam opis sampai ada sorang lagi member kat unit lain yang singgah opis kami sekejap siap order 2 lagi belacan kat taukey belacan tu pagi tadi... hehe... tengok... rezeki dia kan? 


Tapi belacan tu aku just simpan dulu dalam peti ais sebab belacan beli haitu belum habis lagi. Jadi haini aku buat menu Sayur Bendi Goreng Sambal sebagai juadah berbuka untuk mengtest kepoweran belacan yang haitu di dalam resepi kali ni hehe... 



RESEPI SAYUR BENDI GORENG SAMBAL


Bendi 7 biji ~ dihiris serong
Bawang merah 1 biji ~ dihiris
Bawang putih 2 ulas ~ dihiris
Belacan (saiz setengah ibu jari)
Cili kisar 2 sudu makan
Bawang besar 1 biji (saiz sederhana besar)
Ikan bilis segenggam ~ direndam
Sos cili 1 sudu makan
Sos tiram 1 sudu makan
Air 1 cawan
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK


1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai wangi.


2. Kemudian masukkan cili kisar dan belacan. 
Tumis sampai pecah minyak.


3. Masukkan ikan bilis, bawang besar, air, sos cili dan sos tiram. 
Masak sampai mendidih kuah.


4. Akhir sekali masukkan bendi dan garam secukupnya. 
Goreng lagi sampai bendi lembut sedikit dan kuah sedikit pekat. Siap! 



Sekian resepi menggunakan belacan kihkihkih.
Jumpa lagi ye! πŸ˜˜πŸ˜„πŸ˜