Ads Top

Entri Raya ~ Open House PULAPAU Baling


Open house!
Open house!
Open house!




Ingat tinggal lagi satu je open house nak pergi iaitu open house kat opis sendiri esok.. tetiba ada lagi jemputan open house mengejut dari adik aku.. open house opis dia...


Adik aku call mak dalam pukul 12 tgh hari camtu bagitahu suruh datang. Suruh mak ajak aku dengan adik bongsu aku sekali. Heran jugak kenapa adik aku baru nak panggil kan.. rupanya dia bagitahu, dalam wasap opis dia cuma bagitahu jemputan hanya suami/isteri sahaja. Tetiba hari kejadian, dia tengok ramai pulak yang datang.. bila ditanya staf dekat situ, dorang bagitahu boleh panggil family jugak... so, tunggu lagi kan! 😁


Adik aku baru posting situ bulan 10 tahun lepas... 
Sebab tu tak berapa nak familiar tu hehe..
Adik aku kerja kat PULAPAU Baling.


Bergambar sekeping dengan tuan rumah. 
Pemilik biskut raya paling laris tahun ni kuikui..
Ada aku cerita dalam entri ni  dan jugak entri ni hihi


Aku, C'ah, Eshan dengan mak aku gerak dulu.
Adik aku yang bongsu sampai lewat sikit dari kami. 
Sampai sini kami salam-salam beraya kejap dengan staf kat situ pastu amik sedikit juadah dan makan dalam dewan kat sebelah je.. 


Aku amik nasi tomato dengan air jagung...
Sedap sangat rasa air jagung ni... 


Pastu adik aku pergi keluar amik pulak ketupat, lemang dan jugak rendang serta mee rebus tulang 2 mangkuk untuk kami dengan mak... aku makan share-share dengan dia. Mak aku memang suka la tu ada mee rebus tulang. Favourite mak aku tu. Kalau bawak pergi tesco, memanjang order mee rebus hehe..


Mee rebus tulang dengan ketupat, lemang dan rendang serta dadih mangga... nyumsss...


Tak lama lepas tu, adik bongsu aku pun sampai dengan member dia. Dia amik char kuetiaw dah siap-siap kat luar.. pastu bila tengok kami ada mee rebus, terus dia pun tanya amik kat mana... teringin le tu kuikui.. tapi kan, seriusss mee rebus tulang dia memang tempting! Bau kuah pun dah sedap. Belum lagi tengok asap nipis keluar tu.. kuah pun pekat sebab aku rasa mungkin dorang letak ubi keledek 😀


 C'ah makan nasi tomato sikit. Pastu meratah ayam aku... dah lah ayam aku amik pun sikit je... terpaksa makan nasi tomato dengan acar timun sobss... 


Char Kuetiaw... pun sedap jugak!


Rojak buah pun ada. 


Gambar yang takde dalam henfon kami adalah sate...
Biasalah kan, lepas dah balik tu, pakat-pakat up gambar la dalam wasap grup family.. masing-masing takde gambar sate... ish3... laku sungguh sate kan.. asyik entri open house aku memanjang takde gambar sate... 😂 



Mak aku dengan member adik bongsu tadi.
Oh ye, ada cendol jugak... 


Mak aku dengan cendol. 
Mak aku memang suka minum air ada ais2 ni.


Air minuman hari tu memang laku keras...
Ada air jagung, air bunga matahari, ada cendol jugak.. 


Masa aku keluar nak basuh tangan kat luar lepas makan nasi sebab nak makan ketupat pulak, ada staf kat situ offer nak dukung Eshan. Kat dalam dewan, aku yang pegang Eshan sebab adik aku kejap nak bangun amik air la, rojak la.. lagipun Eshan ni tak nangis.. kalau dia duduk molek camtu it's ok.. senang je nak makan.. masa salam masa datang tadi pun akak/staf PULAPAU dah offer nak dukung, tapi aku tak bagi lah kan sebab masa tu orang tengah ramai.. kang takut susah pulak dorang nak melayan tetamu...


Tapi kali ni dia minta, so aku bagi la... 
Eshan pun tak nangis sebab aku dah bagi dia minum susu kat umah tadi.. last sekali, adik aku amik Eshan pulak bawak masuk dewan sebab dah lama kot dorang pakat dukung... 


Eshan ooo Eshan... 
Kena tinggal dengan tok 2 malam...


Aku tengok ramai jugak dukung Eshan. Gilir dukung. Kejap yang lelaki tu dukung. Kejap yang perempuan pulak dukung.. Happy je aku tengok family PULAPAU Baling ni 😊 


Last acara kat sini, Pengarah Negeri Kedah PULAPAU sampaikan hadiah dekat pemenang booth paling cantik. Dimenangi oleh bahagian Latihan. Dapat hamper besar sebijik. Adik aku punye booth tu. Alhamdulillah... pakat-pakat ngudap biskut kat ofis lah lepas ni hehe..


Tengah makan nasi tadi, ada staf kat situ bagi duit raya kat C'ah. Adik bongsu aku snap gambar candid. Tak sempat nak posing bagi nampak cun. Nampak mulut tutup ngunyah nasi ada la... 😅 Eshan pun dapat juga walaupun ntah kemana-mana dah dia orang dukung huhu.. rezeki dorang..


Ok. Tu jelah nak update malam ni.
Esok kalau anak aku dah tak demam, bolehlah aku attend open house kat ofis pulak..




Ok. Tu je untuk harini.
Jumpa lagi. Bye! 😘😙😊





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.