Sunday, 9 July 2017

Entri Raya ~ Open House Sekolah Anak





Minggu lepas hari Khamis ada jemputan Open House kat sekolah anak.
Excited nak pergi sebab sebelum ni tak pernah sekolah jemput waris. Ala.. macam zaman kita sekolah dulu, buat open house dalam kelas masing2 je.. antara murid2 dan guru je... ni aku pergi bertiga dengan member ofis..



Selfie dengan laksa. 
Sajian first yang aku cuba. Hehe..


Cikgu-cikgu semua bertegur sapa. Takdelah rasa kekok sangat kan. 
Banyak menu sajian raya kat sini. Ketupat, bihun sup, nasi tomato, laksa, kek, biskut raya, nasi campur etc... 


Minuman pulak ada oren sunquick, sirap, teh tarik, milo panas... 😊





Kat khemah waris ni, aku makan laksa semangkuk, nasi tomato sepinggan, biskut raya je sikit... 


Sambil makan, tetiba anak aku sampai kat aku. 
Malam tadi along dah pesan suruh pergi jugak. Dia cakap 'alah... ibu pegi jelah' ok.. dah sampai ibu haa... so, selfie kami bertiga kejap hehe..






Alhamdulillah. 
Dah makan perut penuh lak jadinya. Rezeki.. Lepas tu kami jumpa Guru Besar beraya sebelum balik. Bagitau kat dia yang kami nak ronda kejap sebelum balik. 


Lepas tu kami jalan-jalan kawasan sekolah tengok booth apa yang ada...




Terjumpa biskut raya display memanjang camni.
Banyaknyeee... 😊




Booth apam balik.
Kat booth ni aku dapat seplastik apam balik. 
Tak mintak pun. Tapi mungkin sebab apam balik tak habis lagi sebab budak2 tak makan sangat kot... rezeki jugak tu. 😊




Booth aiskrim tapi aiskrim dah habis da...
Owner aiskrim booth ni pun dah lari 😂
Aku rasa booth aiskrim paling laku kot hehe.. 




member aku dah amik cone tapi aiskrimnye dah takda... 
cone pun jadilah... 😂




Booth deejay pun hadooo...
Tu anak aku yang sulung pakai baju melayu hijau.
Sengaja nak enterprem prfftt...


Lepas habis kat sini, kami pergi open house Klinik Kesihatan pulak 😂 kena pergi sebab nak beraya dengan nurse dan doktor kat sana.


 Ok bye.