Saturday, 29 July 2017

Entri Raya ~ open house terakhir


Jom habiskan entri raya 2017 😊


Lepas open house kat opis aku 20 Julai haitu, hari Ahad 23hb kami ada 4 jemputan open house... alhamdulillah... Lokasi keempat-empat tempat tu pulak dalam satu circle je, so senang la, takde patah balik ke sana sini kan.. tapi kami decide taknak pergi semua, kami nak pergi 3 tempat je.. 


Mula-mula kami pergi ke kedai makan yang berdekatan dengan opis aku. Kat kedai makan D'Cempedak.


Jom gambar ramai-ramai!


Kat sini agak riuh rendah macam kenduri kahwin je aku rasa. Sebab ada khemah tambahan yang besar jugak la.. meriah walaupun takde deejay dan lagu berkumandang hehe.. maybe sebab dah dekat pukul 1 kot.. sebab tu ramai.. time makan kan.. huhu..


Mee kari, ketupat cecah kari daging dan sirap bandung.


Lepas dah amik makanan dan duduk, tengok member bawak aiskrim sorang satu. Aduhhh malu lak nak ambil. Tapi disebabkan aiskrim, kenalah makan aiskrim dulu. Kang dah cair takde sapa nak.. bazir.. ingat tadi nak makan mee kari dulu huhu.. 


Lepas menjamu perut kat sini, kami pergi pulak tempat ke dua. Yang ni dun Merbok punye kalau tak silap.. tapi bila kami sampai tu, tengok orang ramai takda pulak.. rupa-rupanya majlis bermula pukul 230 petang... hahaha.. so, kami decide untuk pergi ke tempat terakhir terus la.. pastu terus balik ofis.. takde rezeki nak makan Open House dun Merbok huhu..


Bergambar kenangan lagi..


Open House ke tiga ni adalah di kedai makan Buluh Bersaudara. Kedai ni dekat je dengan Klinik Kesihatan Merbok. Klinik pun dekat jugak dengan opis aku.. 


Nasi campur, bubur pulut hitam dan 
air buah tropika.


Kat sini aku decide nak makan nasi campur. 
Menu masakan kampung yang memikat selera hehe.. mujur kat sini ada nasi sebab tadi tak makan nasi walaupun ada tuan rumah D'Cempedak buat.. sebab kononnya nak pergi 3 tempat kan.. takmo la makan nasi kat umah pertama takut nanti terlajak kenyang pulak... huhu.. 


Sedap sangatttt bubur pulut hitam ni...
Bubur pekat dan panasss... yummyy2..


Kat sini ada deejay... lagu raya pun ada..
Deejay pun pakai baju segak-segak...


Rupanya ni deejay haitu.. 
masa open house opis aku hehe..


Kat sini, tak crowded sebab tuan rumah panggil ikut peringkat masa. Pastu ada 1 biji khemah tambahan pula. Tenang dan nyaman je menjamu selera kat sini huhu..


Ok jom balik. Selfie sekeping! 


Kedai ni betul-betul tepi jalan sebelah kiri menghala ke Yan dan Tanjung Dawai dari Sungai Petani. Kalau korang ke sini, boleh lah singgah kedai ni..  


 Ok. Habis dah stok gambar jamuan makan Open House dalam henfon aku ni dah masuk belog hehe.. so, dengan tu sekianlah entri raya aku untuk tahun ni. Syukur alhamdulillah... 


Till then, bye!!!