Monday, 3 July 2017

Entri Raya : Raya Ke 2 Ke Pendang



Hari raya kedua aku dah gerak balik dari kampung halaman husben ke kampung halaman aku pulak. Tahun ni raya belah dia dulu.


Pukul 8 lebih macam tu aku dah call mak aku tanya bila dorang nak ke rumah Pak Njang aku kat Pendang. Senang sikit nanti kami jumpa kat situ ja sebab rumah Pak Njang aku just on the way balik kampung halaman aku je.. 


Mak aku cakap yang family kat sini tengah dok bersiap-siap nak pergi dah. Dalam pukul 10 camtu aku dah gerak keluar dari kampung halaman suami menuju ke rumah Pak Njang. Mujur highway pagi tu tak jam.. smooth je jalan... sampai umah Pak Njang pukul 1200 tengahari.




Adik aku dah wasap gambar ni sebagai bukti dorang nak gerak dah dari rumah mak aku. Dorang gerak 2 bijik keta je. Keta abang dengan keta dia. Semangat lak aku rasa nak gerak ke Pendang haitu hehe.


Aku sampai lepas 10 minit mak aku sampai. Kat umah PakNjang, dia jamu kami makan mee goreng. Sedap sampai tak cukup. Maklumlah rumah pertama sampai hari tu.. menu lain macam biasa ketupat, rendang, lemang, kuih raya, kek raya, air minuman barli sejuk kami santap haitu.. burrppp 😆 



Alhamdulillah.
Makan kenyang. Muka pun hepi. 
Pastu pulun wefie haha.


Dok kat sini dekat 2 jam makan, sembang, solat hehe.. Lepas tu kami gerak ke rumah pak-pak sedara mak aku. Dalam pukul 2 camtu gerak...



Time pergi tu anak-anak aku pakat nak naik keta adik aku. Adik aku bawak anak-anak menakan penuh keta dia 😅 Heppi je tengok mek Cik Ah tu dapat naik keta Paksu n Maksu.


Mak aku naik dengan PakNjang sebab keta PakNjang kosong. 2 bijik keta dia kuar nak jalan raya. Aku lak bawak abang dengan kakak ipar naik keta aku.


Pergi 3 buah rumah. Tapi tak jauh pun. Selang setengah jam je sampai rumah yang satu lgi tu. Tapi 2 rumah takda orang. Nasib baik pergi rumah ke 3 tu ada orang. Penuh dengan keta anak beranak tuan umah sampai dekat 30 bijik keta. Punya ramai sampai dah macam pergi makan kenduri lak aku rasa.. Sampai sana, kami makan nasi campur. Mee kuah pun ada jugak. Tak selfie kat sini. Masing-masing terlupa.. prfftt..


On the way nak pergi rumah keempat, terpaksa beratur sekali dengan orang yang nak masuk highway. Lama sangat jammm nye sampai kami terpaksa cancell nak pergi situ. Terus buat u-turn.



Sebelum balik, selfie kat sawah padi ni.


Lebih kurang pukul 5.00 camtu kami bergerak keluar dari Pendang. Malam nanti kakak ipar aku dah nak balik kampung halaman dia pulak kat Ijok. So, kami terus balik umah mak tak singgah umah sapa-sapa dah. Balik ikut jalan Gurun-Jeniang 😣




Dah nak sampai kampung halaman.
Horeyyy 😄😄😄