Tuesday, 18 July 2017

Facebook Friendly Button dalam belog kesayangan...



Alhamdulillah...
Selamat taruk button like, share dengan send dalam belog kesayangan...


Bukan baru buat semalam, sebenarnye dah dekat 2 minggu dah aku letak button FB friendly ni dalam belog aku sejak 5 Julai haitu. Berpinar jugak la bijik mata nak cari html code dalam belog ni. Dah jumpa tapi bila paste coding fb tu tak menjadi pulak... Jenuh cari coding yang tepat! 😥





Seronok sangat weiii bila tengok button ni muncul time preview tu. 


Buat projek letak button ni guna pc. 
Bila tengok belog melalui pc dah timbul button like & share ni, terus check pulak kat hp. Buka belog kesayangan untuk make sure dua2 button ni ada.Dah
 nampak tu, terus save template dan senyum dengan bangga 😊


Pastu rasa nak letak button send jugak la! 
Sebab button send ni kan bagus jugak function dia. So,  pulun la cari tutorial nak letak button ni. Kali ni senang je aku cari html code dalam belog untuk paste coding button send ni sebab paste kat sebelah code tadi jer kan.. hehe.. 


Tapi bila preview takdo... heran-heran...
Tutorial dah follow sebijik2... aku fikir maybe take time button ni nak timbul kottt.. so, aku biar jelah dulu. Lepas tu letak balik iklan nuffnang antara post sebab haitu dah hilang gara-gara try template blogger yang baru...  mujur yang ni mau jadik... sebab dah rasa rimas cari2 html code ni 😣😣😣





Button send ni muncul bila aku nak copy link tajuk entri belog masuk ke Grup Blogger... lerrr!!! Kena klik dekat tajuk belog baru timbul button send ni rupanya dekat new tab/page! Ingat dah gagal letak button ni tadi huhu.. tapi kedudukan dia ke sebelah kanan pulak! Pening lalat aku dibuatnye! Sabarjelah 😣


So aku decide, nanti bila free aku try adjust balik kedudukan button send ni. Tapi rasa lega jugaklah bila projek letak FB friendly button ni dalam belog kesayangan berjaya. Terima kasih banyak-banyak kepada blog yang berkongsi tutorial letak button fb dalam belog ni 🤗


  In shaa Allah lepas ni nak try letak pulak apa-apa je yang sesuai untuk lebih bersosial macam bloglist ke, comment luv ke, tapi kena study dulu bahana letak benda ni kehkeh.. yelah takut nanti jahanam belog aku 😂


Ok. Tu je lah buat masa ni. 
TQ reading... 😘