Monday, 17 July 2017

Let's dinner everyone!


Malam ni lewat aku dinner... 
Tunggu, tunggu punya tunggu member, gila lewat betui dorang nak sampai.. perut aku sikit lagi nak masuk angin dah ni.




 So, aku buat keputusan untuk pergi makan sensorang je lah... walaupun tak tahu kedai kat mana... errmmm..


Dah pukul 930 malam kot... 
Org naik bas sampai dulu dari ETS.. apacerr??


Possing kepala lentok dulu sebelum gi makan.. hehe


Turun je dari hotel, nampak kedai makan betui-betui depan hotel je.. siang tadi ingat area ni sendu.. o... beroperasi waktu malam lettew.. 🤗


Ramai jugak family yang makan kat kedai makan ala Thai ni. Yang sambut besday kat sebelah aku pun ada... Aku rasa aku sorang je yang makan sorang-sorang dalam kedai yang ramai orang ni. Takpe... its ok.. im cool.. hehe


Total out RM9/=


Nak selfie dengan makanan rasa macam kesian pulak kat diri sendiri kahkah... baik makanan jelah yang selfie dia je... so snap gambar makanan dulu sebelum mentekedarah. hahaha.. snap makanan adalah perkara wajib bagi seorang blogger 😝😝😝


Lepas makan, time nak bayar tu tanya brother cashier tu kat mana ada mesin ATM terdekat. Alhamdulillah... ada sebelah tepi belakang sikit dari hotel aku inap ni je.. jumpe Affin Bank. 


Time nak naik bilik tu, tengok riuh rendah kat kaunter lobby hotel.. rupanya member aku dari Perlis tu dah sampai.. koi 11pm dah time tu.. tudiaaa... 




Kesimpulannya, member aku 2 org tu duduk bilik yang aku dah book kelmarin. Yang lagi 2 tu lak amik bilik baru. Tak paham aku kenapa sorang taknak duduk sebilik dengan aku then amik satu je bilik single baru.. Hmmmm kalau aku tahu dorang taknak amik xtra bed kat bilik aku, baik aku amik bilik single je dari awal... tak pasal2 kuar duit rm170. Bilik single rm99 jer... Lepas ni korang book lah sendiri bilik korang. Akak tak marah pon tapi kesal. Damn it!


Jom. Nite everybody!