Friday, 28 July 2017

Open House Opisku ~ makan apa ya?


Jom. Sambung entri raya open house opis aku.


Lepas doa selamat dah selesai dibaca oleh imam masjid yang kami jemput, menu pertama yang aku ambil adalah sate dengan lontong.. 




Sedap sate tu lembut je tak keras.. daging satenye sedikit tebal.. macam ni aku suka la.. baru terasa rempah perapan tu.. 😊😊😊 lepas tu kuah kacang dia pun pekat dan melekat senang-senang je kat sate tu.. Ada sikit sate aku simpan sampai malam tu pun masih lembut lagi... sampai sekarang masih rindu nak makan sate ni kahkah..


Shahril tekun menyenduk kuah lontong..
Ramai orang serbu booth ni awal termasuk aku kehkeh..


Rasa lapar lak... ermmm 😣😣


Lontong tu pun tak kurang sedap nya jugak. 
Kuah pun masih panas lagi dalam termos tu. Aku makan sekali je lontong ni walaupun sedap sebab takut cepat kenyang... takut nanti perut tak muat pulak nak makan ketupat dengan rendang my all time favourite tu hihi..



Ketupat sedap.. lemang pun lembut tak kerak..
Yang penting cicah rendang...


Jangan selfie sorang-sorang katanya huhu..


Menu ni paling banyak aku makan hari tu.
Pergi mana-mana pun, ketupat dengan lemang adalah wajib aku ambil. Takde istilah jemu makan ketupat dengan rendang hari-hari bagi aku. Tapi kalau awal-awal lagi aku dah tahu kuah pencicah tu kari, memang aku takkan makan la.. makan kat rumah lain jelah.. sanggup! huhu..


Jeruk Penang


Jeruk pun aku ambik jugak.
Tengok ramai puji sedap, so kenalah ambil rasa sikit. Takut nanti tak tidur malam lak kahkah. Lagipun, jeruk pun salah satu favourite aku jugak...
Apedaa banyak nau favourite aku! uhuk-uhuk..




Mujur jugak tak letak jeruk seplastik yang kami beli tu dalam bekas besar terus.. kami letak dalam bekas mangkuk besar saiz pinggan makan je and topup bila nampak berkurang..

Kalau tak buat macam tu, konfirm cepat habis...





Kek dan biskut raya ni ambil kat booth aku. 
Sama macam jeruk jugak..


Rojak buah pun aku ada ambil jugak.



Air oren.


Kalau sirap lagi banyak aku minum air hari tu.
Mujurlah oren yang dorang prepare.
Oh ya, ada air nira nipah jugak. Terlupa pulak aku nak snap. 


Aku try jugak minum seteguk air nira nipah..
Tapi nampak gayanya, tak masuk dengan taste aku...


Not my taste, ok! 


Ok, tu je nak update.
See u next entri.


BYE!!!