Saturday, 29 July 2017

Resepi Sotong Goreng Kunyit


Sotong goreng kunyit adalah makanan kesukaan aku sejak kecil sampailah dah besar.. now, anak-anak pun suka macam aku jugak.. hehe.. ni menu simple lunch aku semalam 😊😊😊


ok, jom tengok resepi.




Bahan - bahan :


2 ekor sotong saiz besar ~ potong cincin.
1 biji ubi kentang ~ potong 4 dan hiris nipis.
1/2 biji Bawang besar dihiris
1/2 tangkai Cili merah dihiris
3 tangkai Cili padi siam tak perlu hiris
Kunyit serbuk
Garam
Minyak untuk menumis



Cara Membuat :


1. Gaul kentang dengan garam dan kunyit. 
Goreng bersama cili merah dan bawang besar sampai kentang empuk.


2. Kemudian masukkan sotong dan cili padi.
Goreng seketika sahaja, agak2 sebati ramuan tu.


3. Masukkan garam secukupnya. 
Siap. Sedia dihidang.


Tips ~ kalau nak masakan ni pedas, cili padi siam hendaklah dimasukkan pada step 1.


Selamat memasak...