Thursday, 27 July 2017

Sambutan Hari Raya Opis Saya


Anak demam berjangkit-jangkit. 
Dari yang sulung minggu lepas, terkena pulak dekat baby. Lepas tu sambung demam pulak dekat mek c.ah petang semalam. So, dah dua tiga hari ni kepala sedikit pening sebab tidur tak cukup.. malam jangan harap la nak update belog.. 


Geram tengok banyak sangat gambar dalam henfon tak masuk belog lagi. So, aku decide nak up entri raya opis part by part. Tak cerita semua dalam satu entri sebab takut tak sempat nak karang huhu..


The ladies...


Kat opis aku, pompuan banyak ni je.. sobss..
Untuk bahagian Pentadbiran la.. 
Kami la geng potluck.. kami la geng joging..


Open house kat opis buat 20 Julai. 
Sebelum acara tahlil dimulakan, kami bergambar dulu ramai-ramai buat kenangan 😂




Lepas tu buat tahlil sikit dalam pukul 12pm.
Alhamdulillah moga dieratkan lagi silaturrahim sesama kita.Amin.
Semoga raya tahun depan bersua lagi kita... eh,tetiba.. hehe..


Orang mesjid...


Open house raya haitu, aku dengan travelmate aku Yus dapat booth kerepek, kuih raya dan kek-kek..
Pukul 10 pagi kami dah ramai-ramai ke dewan untuk setup booth masing-masing.


Jeruk pun ada. 
Asalnya nak beli kerepek, tapi memandangkan kudapan manis-manis dah banyak, so kami decide gantikan dengan jeruk.. laku keras jeruk ni 😊


Tak lama lepas tu, jemputan pun dah start datang..






Malu pulak geng resort ni hehe...




Terasa kemeriahan bila lagu raya dimainkan oleh deejay. Karaoke pun ada bagi yang nak lepas gian menyanyi atas stage.. hehehe..




Ok. Tu je nak update. 😊
Nanti aku up lagi story pasal open house kat opis aku ni. Banyak sangat gambar aku nak abadikan dalam belog ni huhu... 


Ok. Bye!