Ads Top

Sorotan Semalam dan Hari Ini


Haiii mengantuknye...
tapi nak jugak up 1 entri untuk harini. Korang dah tido ke? Alhamdulillah aku dah sampai SP pukul 740petang tadi dengan semua anak-anak.


Malam Isnin semalam adalah kali pertama anak aku tido umah pengasuh sebab kami berdua outstation. Tu pun sebab dorang sekolah. Kalau belum sekolah lagi, konfirm semua aku hantar balik kampung. Bagi mak jaga. Ni cuma C'Ah dengan Eshan je aku bawak balik..


Lepas habis kursus. Tunggu bas nak balik.
Tunggu bas dekat Hentian Duta semalam. 


Perjalanan dengan Cosmic Angle 
memang terbaikkk!


Bas 2 tingkat yang bersih dan selesa. Tempat duduk yang besar dan yang penting, aircond tak terlalu sejuk.. hehe


Kursus kali ni berpeluang merasai buat pertama kali perkhidmatan GrabCar yang popular sekarang sebanyak 3 kali. Total out lebur RM50.50. Terasa macam urban lak bila guna apps dari henfon touch screen dan naik GrabCar dalam bandar KL.. woww satu pengalaman yang menarik! 😊 


Ermm... 
boleh plan apa-apa lepas ni naik GrabCar je kat KL. Jimat!!! 


Menu breakfast time kursus semalam.


Minum pagi tengok ada lagi, aku bedal lagi sepinggan.
Dah pakcik yang caterer tu cakap, tambah le lagi.. Kang buang je ni ha.. so, aku pon makanlah tanpa rasa was-was..


Rasa was-was! 😅😅


Baru perasan takde satu pun gambar aku tengah kursus.. uihhh concerntrated sungguh laa... ish3... takpelah... tu gambar nasik lemak breakfast pun jadi lerr... uhukuhuk..


C'ah dengn Eshan


Time aku dalam bas, mak aku up gambar budak berdua ni.. ok. Ibu nak balik dah ni ! Hehe.. 


Sampai umah pukul 4.55 pagi tadi.
Plan nak balik SP tengah hari ni. Tapi tetiba adik aku call mak bagitau suruh pergi open house kat office dia dengan aku dan adik aku yang sorang lagi tu.. mula rasa malas nak pergi, tapi kesian lak kat mak sebab dia nak pergi tapi transport takda sebab adik aku yang sorang lagi tu bawak pergi kerja..  huhu..


Open house lagi!
Ok nanti ku update nohh!! 😅


So, pergi Open House pukul 1 petang. Pukul 3 baru balik hehe.. Lepas balik tu, mengantuk sangat-sangat aku jadinya.. tido lebih kurang 40 minit dulu sebelum gerak balik.. plan nak gerak balik SP pukul 4 petang. 


Tapi kita hanya merancang. 
Aku gerak balik pukul 5 petang... mak bagi 4 bijik durian dari dusun Arwah Tok & Tokwan. 1 dah selamat bagi kat pengasuh anak. 1 C'ah dengan Angah makan maghrib tadi. Along tak makan sebab demam.. so tinggal 2 je lagi.. alhamdulillah... rezeki...




Ok, tu je nak update. 
Sampai ketemu lagi kita. Bye!



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.