Ads Top

AIMST Bukit Air Nasi Run 2017


AIMST Bukit Air Nasi Run 2017


Minggu lepas, aku join AIMST Bukit Air Nasi Run 2017 buat pertama kalinya... tak pernah aku join mana-mana aktiviti 'run' sebelum ni 😅 Join run ni sebab nak ubah gaya hidup... selalu kalau dengar 'run run' ni mesti rasa macam arghhh... tak minat!!! Seriuss!


Tapi sejak tahun lepas, dalam bulan 3 macam tu, aku dah mula minat dengan aktiviti sukan macam ni. Aku start joging dulu... elok baru 2, 3 kali joging, tetiba aku pregnen.. Lepas tu kena bedah c-zer lak bulan 1 haitu.. ni baru berani aku nak bersukan balik.. berani-berani takut sebenarnya.. so, dalam minggu tu ada lah 1 kali aku sempat jogging..pastu terus join run ni.. gulpp..


Register nama dulu..


Aktiviti hari Khamis petang. Lepas punch kad balik keja, kami satu opis terus gerak ke AIMST. Satu opis kami submit nama nak join run ni.. sukarela...


Sampai kat AIMST dah pukul 4 petang. 
Tengok pendaftaran masih dibuka. Beraturlah kat sini ramai-ramai nak sign. Lepas dah sign tu, akak ni bagi sticker kecik lekat kat tangan. Sticker tu saiz t-shirt yang aku kena pakai jap lagi.. 😘


T-shirt saiz L


AIMST Bukit Air Nasi Run 2017


Mujur saiz L ada. Tapi lengan pendek la.. 
so, sarung jelah terus dengan baju pakai tadi. 
Tak semena-mena dapat 1 baju free alhamdulillah...


AIMST Bukit Air Nasi Run 2017
Kat bilik persalinan... 
Aci dak amik gambar kat sini? 


Kuar je dari Bilik Persalinan aka toilet ni, kami terus gerak ke podium. Sambil tunggu mc, sempat le snap apa yang patut untuk diabadikan dalam belog kesayangan aku ni..


Sempat lagi amik satu cup of coffee member aku ni..
Free of charge coffee ni..


AIMST Bukit Air Nasi Run 2017
Dah pakai t-shirt free, 
ajak member ramai-ramai kita selfie hehe..


Lepas tu kami ramai-ramai bergambar kat banner run ni macam gambar kat atas tadi tu... tak lama lepas tu, mc pun bagi penerangan Do & Don'ts masa dalam run. Lebih kurang jam 4.30 run pun start...






Naik bukit turun bukit... 
kembang kempis hidung aku control 'breathing' sebab nak selfie time naik bukit tu.. 😆


Kejap jalan kejap lari.. 
mmmm rasa berat sangat dah badan aku ni.. 
Kat abdomen je aku rasa ada le dalam 3kilo berat dia prfftt... elok je aku melepasi bukit tu, ada rasa macam sikit lagi aku nak pitam... tapi aku terus jalan tanpa henti.. wowww kena exercise lagi lepas ni, jantung aku rasa macam nak tercabut!!


Alhamdulillah... 
akhirnya sampai juga di garisan penamat... 
Aku rasa aku orang ke 23 - 30 kot.. 


AIMST Bukit Air Nasi Run 2017
Terus serbu kaunter makanan ni..
free food lagi 😘


100 plus, air minuman, bihun goreng, tembikai potong dan agar-agar pandan.. 


ada epal hijau tapi aku tak amik.. kalau epal merah konfirm aku amik punye hehe.. pastu cari port nak duduk kat area situ jugak.. letih ooo...


AIMST Bukit Air Nasi Run 2017






Dah habis air, buah, sembang-sembang kat podium sambil tunggu peserta lain sampai, aku snap le apa yang patut.. hehe recharge energy dulu lah kan.. 


 time ni le aku snap kaunter makanan free tadi, pastu selfie beberapa keping kat sini dengan member dan jugak selfie dua tiga das kat banner yang lain pulak hewhew... tadi orang ramai sangat, objek banyak terlindung.. tak sesuai nak snap! Now.. sesuai huhu..


AIMST Bukit Air Nasi Run 2017


Sampai ke sudah aku tak try cup of coffee free dia..


Banyak gila bihun ni.. separuh je dah kenyang..
Tapau bawak balik! 




Mc ucap terima kasih atas penglibatan dan kerjasama.


Dalam pukul 545pm camtu aku gerak balik rumah dulu. Tukar baju dulu sebelum amik anak. Kusyen kereta sampai basah kena seluar track aku yang berpeluh macam kena perah je.. mujur kusyen kereta aku guna cover jenis polyester tu.. 


Hari Sabtu petang tu, aku demam. Kaki habis rasa berat.. urat lak rasa macam kenyal jerr.. nasib tak muntah cuma mulut rasa pahit.. tudiaaa penangan lama tak sukan!!  


Ok tu je nak update. Jom sihat! Bye..


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.