Ads Top

Food Hunting @ Mee Udang Sungai Dua


Entri food hunting pulak...


Food Hunting @ Mee Udang Sungai Dua


Selepas kami naik bas dalam entri ni, kami gerak ke masjid yang dekat je dengan Taman Negara tu... laa.. ingat tadi jauh lagi nak berhenti prfftt... Kat masjid tu kami mandi dan solat... tapi yang mandi nye hanya aku, Ida, Yus dan pn.Yati je. Yang lain takmo mandi.. sukahati le.. hehe.. kami berempat mandi sama-sama dekat situ takde kain basah, tapi kami pakai baju trekking tadi.. belasah! Janji mandi hehe.. segar sikit badan... 😊


Lepas dah solat, kami gerak ke Georgetown.
Kat sini driver bawak kami beli Jeruk Umi. Tak pernah pulak aku dengar nama jeruk ni. Tapi ok jugak, selalu Jeruk Madu Pak Ali je kan.. btw, rasa dia sama jerr dengan jeruk lain..



Aku beli jeruk campur-campur.
Harga 1 kilo RM14. Tapi aku beli setengah kilo je. Rasa macam sikit sangat pulak membeli, so aku capai sebotol pes char kuey teow yang ada kat rak hujung sikit.. tengok tanda harga tak nampak pulak.. belasah je lah...





Time nak bayar, aku agak dalam RM12++ je.. maybe paste ni dalam rm4.50 - 6.00.. sekali kena bayar rm15.80... terkejut! Tapi tak tunjuk la... dalam hati je terkejut tu.. huhu.. so bayar jelah... lepas tu aku baru perasan tanda harga dekat rak depan-depan sikit... rm.8.80 satu... aku memang tak penah pun beli paste segera macam ni walaupun dekat Tanjung Dawai banyak jual.. so, aku a little bit jakun sikit la bab harga tu.... rezeki depa lah tu... 


Lepas dah pakat-pakat ramai membeli kat situ, kami semua pakat nak cari makan pulak la kan... makan nasi kandaq takmo.. semua request nak makan goreng-goreng... melayu punye.. so, kami decide makan kat luar pulau la... semua pun dah takmo pergi makan Passemboq kat Padang Kota sana... 



Food Hunting @ Mee Udang Sungai Dua
Makan kat sini.. Mee Udang Sg. DUA.


Semua turun makan sebab dah laparrr.. aku order mee udang biasa so udang dia saiz biasa2 je lah... bilangan pun tak lebih 5 ekor udang aku rasa.. tak kira pulak hehe.. aku dah makan 3 suap baru teringat aku tak snap gambar lagi... takpelah... lagipun mee rebus biasa je..


Food Hunting @ Mee Udang Sungai Dua
Tunggu order sampai...


Tapi seingat aku, kalau order mee udang, ada 2 jenis udang pulak... kalau udang sangkar (udang dibela) harga sepinggan mee udang rm7 ke rm8 aku lupa dah... dan, kalau order udang laut pulak harga sepinggan mee udang rm12.. 


Food Hunting @ Mee Udang Sungai Dua


Member aku Kak Umi pulak order Yong tau Foo...
Sebagai orang Perak, dia suggest Yong tau Foo belakang bomba kat Taiping.. tapi Yong Tau Foo ni pun dah sedap dah aku rasa...


Last sekali, Kak Umi habiskan mee rebus aku, aku pulak yang habiskan Yong Tau Foo dia 😅


Food Hunting @ Mee Udang Sungai Dua
Aku takde gambar kat luar bas lagi kan?


Dalam pukul 4.30 camtu kami dah gerak balik ke ofis...
Dalam kepala lepas makan, aku nak tido je dalam bas sebab jauh.. lagi sejam lebih nak sampai ofis kan.. Tapi plan je lah... faham2 lah kan.. So hari tu sebelum pukul 7 malam kami dah sampai ofis... alhamdulillah...



Ok. Tu je nak update. See you soon. In shaa Allah.
Tq reading. Tq LIKE. Tq SHARE posting ni 😄





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.