Ads Top

Pencapaian Belog ~ 5000 visitors


Hari Ini Dalam Sejarah : Ahad 13.8.2017



Alhamdulillah... syukur ya Allah...


Hari ni visitors belog thisspin.blogspot.my dah cecah 5000 orang dalam masa 5 bulan ++ Ini bermakna secara purata visitors datang ke belog aku seramai 960++ sebulan 😊 roughly..


Belog pageview pulak sebanyak 7460
Nisbah visitor dengan pageviews adalah 2:3 lebih kurang lah... maknanya, ada salah satu atau dua entri aku yang dibaca selain entri asal yang menarik visitor masuk ke belog aku... alhamdulillah... perkara ni (pageviews) buat aku lebih bersemangat untuk buat entri yang lebih berinformasi di samping mengekalkan konsep santai... huhu..




Belog aku ni tak ramai followers.
Baru ada 10 orang termasuk diri sendiri setakat ni 😅 Google plus followers pun tak ramai jugak, baru 7 orang. Tapi aku gembira sebab belog masih mampu tarik pengunjung seramai 30 orang 'secara purata' sehari selama tempoh 164 hari (3/3 - 13/8).


Buat masa ni, method yang aku guna untuk tarik pembaca masuk ke belog adalah share entri kat FB belog aku ni. FB belog aku adalah Thisspin Thisspin. Aku tak post entri aku kat belog personal sebab segan kat kawan-kawan yang baca belog aku nanti. Bos aku pun baca jugak nanti. Rasa macam tak bebas lak nak berkarya... hehe.. buat masa ni aku tak ready lagi nak promote belog kat friends FB personal aku tu.. 


FB friends. Semuanya 'strangers' 😊
Aku kena add ramai lagi friends dalam FB ni ke tahap maksimum contohnya 5000 friends ke...


Setakat ni, aku suka share post kat kelab-kelab blogger seperti Kelab Blogger Ben Ashaari, Kelab Blogger Malaysia dan Kelab Blogger Belia 2017 (NH). Kadang-kadang aku post kat Kelab Denaihati Network. Aku risau nak post kat sini sebab tak nampak pun blogger lain post entri kat situ.. 



Belog post di 'share' di FB belog.


Satu lagi cara aku tarik visitor adalah dengan tinggalkan komen kat belog orang lain. Kadang sampai 2 kali aku masuk belog dia sebab masa first time masuk tu tak sempat nak komen hehe... buat masa ni nak ber 'blog-hopping / blog walking' belum mengizinkan.. so, komen dekat bloglist yang ada je. Aku tau, ini belum cukup. 😣


Ada banyak lagi cara untuk tingkatkan visitor ke belog seperti tags, meta tags, seo, hosting dan domain, dan sebagainya. Aku dapat info ni pun melalui pembacaan kat internet. Buat GA dan anjur Contest dan Bloglist pun boleh jugak kalau nak. Tapi, buat masa ni, aku nak fokus cara yang aku tengah buat ni je dulu.. 😊


Harapan aku terhadap belog ni adalah supaya belog ni terus aktif menghasilkan entri-entri santai dan berinformasi yang boleh memberi inspirasi kepada sesiapa jua berkaitan apa sahaja. In shaa Allah. Bab income tu, kalau boleh cash-out tiap-tiap bulan seronok juga ahakss!!! 😆😆😆


Ok. Tu je nak update.
Ok. Bye.





Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.