Ads Top

Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju
Pejabat TNB Sungai Petani


Hari ni aku nak share pengalaman mohon bekalan elektrik dalam rumah yang baru dibeli daripada pemaju perumahan 😊


Semasa proses serahan kunci rumah daripada Pemaju kepada Owner/aku dalam bulan Mac hari tu, Miss Lim daripada pihak pemaju telah memberikan aku kad bisnes kontraktor elektrik yang berdaftar untuk dihubungi jika aku hendak masuk elektrik dalam rumah baruku..


Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


Pada mulanya aku ingat nak uruskan sendiri je proses masuk elektrik ni. Hari Isnin 11 Sept lepas aku pergi pejabat TNB untuk mohon bekalan. Tapi malangnya, aku dimaklumkan oleh staf TNB supaya menghubungi kontraktor yang berdaftar seperti yang diberikan oleh pemaju dahulu.. oic... kena deal dengan dorang jugak rupanya...


Aku pun call office CK Chuah Elektrical. Staf di sana meminta maklumat seperti nombor plot rumah serta nama taman. Selepas aku memberikan maklumat seperti yang diminta, staf di sana akan memeriksa dokumen aku di sana terlebih dahulu dan akan menghubungi aku kemudian.


Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


Tak lama lepas tu, aku dapat sms ni. 
Untuk nama dan nombor telefon saksi, aku pakai nama husben. 


Semalam 18 Sept kebetulan aku cuti sebab nak bawa budak Eshan check-up kat Klinik Paediatrik di Hospital Sultan Abdul Halim. Selepas dah selesai berjumpa doktor, sebelum start kereta sempat aku mesej/sms Siti; staf CK Chuah untuk bertanya berkenaan dokumen untuk mohon bekalan elektrik minggu lepas sama ada sudah ready atau belum. Kalau dah ready, bolehlah aku pergi ambil dan bayar terus kat TNB sebab dah kebetulan hari ni aku cuti dan dah ada dekat luar.. nak jimat minyak oiii 😂


Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


SMS masuk semasa aku tengah drive nak balik. 
Sanggup aku berhenti kereta kat tepi jalan dulu nak tengok siapa yang hantar.. Alhamdulillah... it is Siti. Terus aku call tanya kat mana pejabat CK Chuah ni. Apa landmark kat situ.. oic.. pejabat CK Chuah ni dekat atas Bank RHB Pekan Baru sahaja. Dekat dengan stesen bas dan teksi Sungai Petani. Terus excited pulas stereng pergi sana.. 😁




Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


Di hadapan pejabat CK Chuah. 
Hari ni Eshan mengikut ibu pergi pekan. Hehe..
Seronok jugak usung budak ni. Tak banyak meragam. Mungkin sebab tak panas... mendung je.. tapi harap2 tak hujan la.. tak ambil dokumen terus sebab office CK Chuah rehat kejap. Pukul 1.30 baru buka balik. Sempat le aku cucuk duit dulu kat RHB dan beli air kat 7E sambil melayan budak Eshan tu.. 


Pukul 1.30 tengah hari office buka balik. 
Dapat dokumen macam ni. Terus pergi TNB buat bayaran. TNB pun dekat je dengan pejabat CK Chuah ni... alhamdulillah... 😊


Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


Sampai pejabat TNB tak ramai orang. 
Parking pun mudah dapat betul-betul depan pejabat TNB. Masa ni hujan tapi tak lebat.. 


Pengalaman Mohon Bekalan Elektrik Rumah Baru Dibeli Daripada Pemaju


In shaa Allah...
Elektrik akan dibekalkan ke rumah dalam tempoh 3 hari bekerja. Make sure pagar rumah tidak dikunci supaya senang pekerja TNB nak pasang meter elektrik kat rumah 😊 



KOS PERMOHONAN BEKALAN ELEKTRIK

Jenis Rumah : Teres 1 tingkat
Kos Mohon Bekalan : RM 260
Tempoh : 3 hari bekerja




Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.