Ads Top

Peserta PLKN Buka Akaun Bank


Hari ni 20 Oktober 2017 Jumaat jam 9.00 pagi ada proses pembukaan akaun kepada para peserta PLKN di kem aku yang belum buka akaun semasa melapor. So, hari ni aku kena berada di kem lah... semalam aku dah bagitau kat jurulatih yang bertugas malam tadi untuk maklumkan kat peserta terlibat untuk berkumpul di Dewan Syarahan jam 9.00 pagi.




Jam 8.15 camtu aku pergi ke Dewan Syarahan untuk kumpulkan pelatih dan susunkan meja kerusi untuk pihak BSN. Dorang/BSN plan untuk sampai ke kem jam 9.30 pagi. Koi 830 tadi aku dah call dorang takut2 la dorang takleh datang ke.. kan.. tapi nampaknya pihak Bank yang diwakili oleh Pn.Shahariza cakap yang dorang dah bergerak dah pon huhuu. Dorang datang dari Alor Setar 😊😊😊 so SP Alor Setar sejam... 


Bila kat Dewan Syarahan, aku nampak ada jurulatih dengan peserta2 yang tidak terlibat dengan pembukaan akaun  kejap lagi ada kat sana. Dorang tengah buat senam robik dulu. Memandangkan Bank lagi sejam lebih nak sampai, so aku layankan aje dorang nak bersenam robik dulu. Tapi hanya sampai pukul9 la... Sebab aku kena kumpul peserta yang nak buat akaun bank takut ada yang tido lagi kuikui..






Peserta tengah senamrobik. 
Ni dorang punye inisiatif sendiri sebab hari ni dorang cuti dalam kem. 👍👍






Tetiba peserta yang terlibat dengan proses buka akaun pun sampai dalam pukul 840 camtu la.. tanpa disuruh2, laju je dorang berjoget senam robik sama hehhe... 


Ada yang tak senam tapi layan lagu rancak sama2.. 


Bila jam dah pukul 9, senam robik pun stop.
Pelatih pun dah berkumpul dalam Dewan Syarahan. Tak lama selepas tu, pihak bank pun sampai. 940 pagi camtu.. 


So, peserta pun buka akaun...
3 kaunter dibuka oleh pihak BSN.








Alhamdulillah...


Selesai sudah proses pembukaan akaun kepada para peserta PLKN Kumpulan 3 Siri 14 Tahun 2017 seramai 43 orang terdiri daripada 26 wira dan 17 wirawati. Dianggarkan pada Rabu depan 25 Oktober 2017 nombor akaun peserta siap! In shaa Allah...


Van BSN pun dah balik...


Ok. Tu je update untuk PLKN. 
Salam Jumaat!



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.