Ads Top


Tak tahu macam mana nak mulakan... 
Allah nak bersihkan rezeki aku barangkali.. atau mungkin Dia ingin menggantikannya dengan yang lebih baik... atau sebagai balasan dosa-dosa... entahlah... tapi dugaan ini sangat menduga kekuatan dan ketabahan hati...


Setelah berbulan lamanya, baru aku sedar... 
Aku telah ditipu.


Besi grill diletakkan di dalam
 ruang tamu asal rumah


Masa mula-mula buat grill dengan kontraktor yang renovate rumah, dia ada bagitau aku bahawa orang yang buat grill tu nanti akan buat grill tu di rumah aku. Pada mulanya aku tak anggap apa-apa... 
Aku pun terkejut jugak lepas husben bagitau yang tukang grill tu guna letrik haram... aku tanya kenapa dia tak buat dekat rumah dia sahaja macam tukang grill yang aku ambil untuk buat grill di rumah sewa aku ni? Dorang nak jimat la.. jawab husben. Aku terpempam... 😐 aku pun tak tahu nak marah ke.. nak biar.. 


Dari hari ke hari, setiap kali aku pergi melawat progress grill dengan husben, ada lah 2 atau 3 kali jumpa tukang grill tu. Tak selalu kami pergi sebab kerja. Tapi bila lama2 aku perasan bahawa tiada progress pun grill aku tu nak siap... tapi aku masih belum mengesyaki apa2 sebab kepala kontrak iaitu Kaksu masih menjawab wasap dari aku..


 


 







Bila aku pergi dengan kawan untuk berjumpa tukang grill ni di rumah aku, memanjang tak ada.. aku just nak tanya boleh siapkan ke tak sebab dah lama sangat ni.. sejak penghujung bulan April Kaksu cakap grill dah nak siap... ni nak masuk bulan 9 dah..


Aku selalu berharap agar Kaksu balas wasap aku sebab tu aku masih wasap dia. Call jugak tapi masuk voice mail. Aku enggan terima hakikat bahawa aku dah jadi mangsa ditipu kontraktor sial ni...


Ada besi yang dah dipotong dan dibuat grill...
Tapi bilangan grill tak bertambah2 jugak..
Aku dah syak yang tukang grill dah stop buat kerja masa ni... hmmm...


Grill yang tak kemas buatannya.. 
Ada yang tak sama panjang potongannya kalau korang perasan...


Besi yang dah dipotong...
Kedudukan statik atas 'stand' pintu...


Grill pintu yang dah siap... 


Aku heran kenapa letak grill ni kat sini tak terus pasang?


Kasut pun tuan dia tak ambil balik...


Peralatan ni pun tak berubah2 tempat dia...


Aku fikir, sementara grill tak siap dengan besi-besi ni masih ada, baik aku panggil tukang grill lain/baru untuk sambung dan siapkan kerja terbengkalai ni.. dan aku nak suruh dia amik 'stand' tu.. aku yakin, tuan punya stand tu tak balik  dan tak tanya lahhh...


Akhirnya aku ambil keputusan untuk buat semula grill dengan orang lain.. aku nekad ambil Keon (khairulnizam) untuk buat grill di rumah baru aku.. Keon pernah buat grill di rumah sewa aku dulu.. tahun 2012 masa mula-mula aku pindah kerja di Merbok... 




Lepas call Keon (dapat nombor dari ofismate yang juga kawan Keon) pada Sept 5, aku menanti Keon call aku balik untuk minta aku bawak dia pergi rumah.. tapi Keon minta aku wasapkan alamat rumah lepas 2 hari aku call dia iaitu pada Sept 7. Walaupun agak lewat, tapi aku legalahh sikitt.. jadi aku wasapkan alamat rumah dekat Keon. 


Hari Khamis petang pukul430 7 September camtu dia call bagitau aku pukul 530 dia nak pergi rumah.. kebetulan aku nak tengok rumah petang tu.. so aku tunggu dia dekat kedai situ nak bawak tunjukkan rumah, sampai pukul6 Keon tak call2 aku lagi.. akhirnya disebabkan hari makin lewat, so aku call Keon. Rupa2 nya Keon dah sampai dah rumah aku. Tengah mengukur... bertuah punye Keon! 






Aku ada bagitau Keon masa aku call semalam untuk pergi rumah dengan lori siap2 dan ambil stand tu, besi dan grill2 yang dah siap tu... tapi petang esoknya bila aku pergi dengan member, besi dah tinggal sedikit.. grill dah kena kebas... ada yang tak sempat dorang ambil... 



Grill dikeluarkan melalui pintu dapur yang aku renovate.. asalnya tingkap kat sini... hmmm


Grill semua dah takde... 
besi pun tinggal sikit dah...


Aduhaiiii... takda rezeki kita lah Keon... 
yang tinggal cuma stand tu dengan besi sikit.. bila keon tengok pun dia dah cakap yang besi ni tak cukup.. memang totally kena start from 0 balik lah nampaknya. Hurmmm... apa boleh buat Keon? Mujurlah Keon tak bawak lori siap2... sebab dia plan nak ambil besi tu sekali harung nanti bila grill dah siap... kalau tak?


Dipendekkan cerita, alhamdulillah.. 
Sekarang rumah aku dah ada grill dah.
Keon siap pasang grill pada 13 Okt...







Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.