Saturday, 18 November 2017

Cabutan Bertuah Caltex Merbok Tak Telus



18 November 2017 Sabtu


Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh aku. 
Ada Cabutan Bertuah dekat Caltex Merbok. Seingat aku, lebih dari 10 kali maybe 13 kali aku dah isi borang penyertaan. Isi minyak minimum RM30, layak 1 borang penyertaan. 


Sampai dekat Caltex, aku ternampak ada sorang staf kat tempat kerja aku iaitu Cikgu Dilla yang tengah duduk bawah khemah sedang melambai2 kat aku hehe... Alhamdulillah... ada jugak geng buat bersembang 😁


Aku sampai dalam pukul 1030 pagi. 
Lepas ambil tempat duduk sebelah Dilla, kami bersembang2 sambil DJ jemputan mengajukan beberapa soalan mudah kepada para tetamu. Lepas tu kami keluar dari khemah sebab acara cabutan dibuat di luar khemah iaitu di depan pintu masuk kedai serbanika Caltex..


Cabutan bertuah dimulakan pada jam 11 pagi.
Mula2 cabut hamper. Elok je kami keluar dari khemah, cabutan di buat dalam khemah pulak.. sabar jelah.. so kami berdiri je dekat luar khemah dengan orang lain.. Lepas hamper, baru cabutan untuk barangan elektronik. Lepas cabutan dibuat untuk lebih kurang 7-8 pemenang, Cikgu Dilla perasan sesuatu. Lepas tu dia cakap kat aku.. perasan tak kebanyakan pemenang macam dah standby duduk bawah khemah?


Lepas tu, aku perhatikan kebanyakan pemenang semua datang dari bawah khemah. Takde pun yang keluar dari arah belakang kami atau tepi.. 


Aku perasan jugak, selalunya orang laki2 jarang amik tempat duduk depan dan bawah khemah macam ni. Orang lelaki selalunya duduk belakang2 mak2 je yang suka depan2 ni..


Kecewa beb!!! Lagi satu yang kami tak puas hati...


Resit penyertaan dikeluarkan dari dalam kotak bunga2 yang dipegang oleh staf Caltex tu. 


Sedangkan, semasa penyertaan aku letakkan resit penyertaan dalam kotak lutsinar yang 10 kali ganda lebih besar dari kotak bunga2 tu! Malah hari Rabu lepas, masa aku letakkan borang aku dalam kotak tu, kotak tu dah penuh dengan resit penyertaan... padat! Kemana perginya kotak dan resit2 penyertaan tu semua? Kenapa tak bawa ke depan dan cabut sahaja di sini?


Yang buat kami bertambah geram, nombor KP pemenang belum habis diumumkan, ada sorang pemenang lelaki berusia dalam lingkunga  43-50 thn camtu dah siap berjabat tangan di depan mengambil hadiah.. apekes???


Ni 1st time aku layan cabutan bertuah macam ni..
itu pun disebabkan dekat dengan rumah sewa aku..
Tapi cabutan bertuah pun tak telus dan menyakitkan hati.. 


Kenapa nak cabut lebih awal?
Susah sangat ke nak bawak tong lutsinar tu ke depan ni dan cabut je nama pemenang on the spot??? 


Seperti diduga, pemenang tempat kedua dan hadiah utama dimenangi oleh bangsa ci**. Hadiah utama motorsikal dan tempat kedua adalah tv 41@42 inci...


Malas nak tunggu lagi, kami terus blah dari situ. Mood nak snap gambar banyak2 hari kejadian terus padam!
Lepas ni isi minyak tempat lama balik la...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...