Saturday, 4 November 2017

Pengalaman Berniaga



HARI TERBUKA KEM
PLKN Kumpulan 3 Siri 14 Tahun 2017
Sabtu 28 Oktober 2017


Hari Terbuka Kem pada Sabtu minggu lepas, aku amik peluang untuk berniaga tapi secara kecil-kecilan..




Sebenarnya persiapan aku buat bermula hari Khamis.  Lepas habis waktu kerja aku terus pergi SP untuk ke kedai Bahulu Kg. Huma untuk cari stok jualan. Aku planned nak jual kekacang dan jugak roti bakery seperti bun pizza mini dan lain-lain.


Semasa dalam perjalanan ke SP dekat area Bujang terjumpa Kak Umi opismate aku. So kami decide untuk pergi satu kereta sahaja. So kak umi parked kereta dia dekat2 area BSN Bujang dan kami terus ke Kedai Bahulu Kg. Huma dekat Cawangan Amanjaya.


Selfie sebelum shopping! Hehe..


Kerepek dan maruku
Di kedai Bahulu Kg.Huma caw.Amanjaya


Kat sini aku beli stok jualan seperti kuih buah rotan, kacang salut tepung, kerepek ubi pedas dan juga biskut bear kegemaran aku. Lagi satu aku tak plan pun nak beli. Tapi disebabkan ada harga promosi, aku terbeli coklat moist cake.. tapi tak beli banyak la... 


Lepas tu kami berdua pergi ke kedai bakery untuk Kak Umi beli kelengkapan dan bahan mentah untuk buat roti malam nanti. Kak Umi ni memang handal buat roti dan pastri2 ni..


Last sekali kami pergi ke kedai roti Fairy untuk beli bun mini pizza pula.. tapi disebabkan tempoh expired cepat sangat, so aku tak jadi nak beli bun pizza kat sini. So aku decide untuk jual burger menggantikan bun pizza...


Cuti hari Jumaat aku packing semua kekacang yang aku beli petang semalam. Disebabkan sikit sangat beli, so kerja packing2 selesai cepat lah pulak.. tetiba teringat husben outstation minggu lepas ada beli keropok ikan 2 bungkus yang belum digoreng. So, daripada membazir, baik aku goreng jualkan... ada lah aku tinggalkan sikit kat rumah... haha 😁


Jom. Tengok-tengok booth aku.. hiks





Burger mini, kek coklat, keropok ikan goreng bersos, biskut buah rotan, kerepek ubi kayu pedas, kacang salut tepung dan biskut beruang inti coklat.


Jom tengok booth kak Umi pulak.. 
sebelah-menyebelah je kami duduk hehe..






Roti kacang merah, roti pandan, brownies, kek batik, kek sarang lebah, dadih dan air mineral...


Jom tengok booth kak mah pulak..
Booth dia sebelah kiri booth aku je..
Kak mah adalah orang paling lama berniaga hari tu..
Dari pagi sampai petang!





Kami setup booth masing-masing sejak jam 830 pagi.
Dalam pukul930 pagi macam tu dah ada pelanggan membeli dari gerai kami. Jualan aku yang pertama hari tu adalah burger... alhamdulillah hehe..






Senyum pagi.....hehe..
Baru terjual 2 bijik burger, tapi dah rasa hepi sangat2...


Gerai air yang ada..


Aku dengan kak Umi tutup kedai jam 2.30 petang.
Gerai lain yang jual ais kacang dah tutup pukul 1 tadi lagi.. sama jugak dengan gerai menjual keropok lekor, bebola..


Alhamdulillah.
Walaupun ada jualan yang tak habis iaitu keropok ikan dan jugak kekacang, tapi selain balik modal, dapatlah untung jugak.. eh..setengah kali ganda jugaklah untungnye..hehe.. 


Jualan paling laku adalah burger, kek coklat dan biskut beruang inti coklat tu... ni dekat booth aku la.. booth kak umi pulak laku semua roti yang dia jual.. cuma dadih je tak jalan sangat.. tapi overall, kira habis lah jualan kak umi.. alhamdulillah...


Seronok sangat! 


In shaa Allah, kalau ada peluang lagi tahun depan, aku nak berniaga lagi.. 😉😁 ok tu je nak update. Tq reading!!! 😍😘😚



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...