Ads Top

Pecah Rumah ll ~ wiring dah kena gabuih...


*sambungan entri ni


Bagai diintip (maybe?) lepas je polis pergi ke rumah pada 4 Okt (Rabu) untuk siasat kes pecah rumah (pergi amik gambar rumah kena pecah masuk), 2 hari selepas tu wiring pulak kena curi...


Kebetulan hari Jumaat minggu tu pulak husben aku ada kerja kat SP (tengok site), so dia dengan member ofis dia pergi tengok2 rumah lepas dorang selesai kerja di site. Bila sampai je depan rumah, husben nampak macam cebisan wayar2 di atas jalan.  Bila masuk dalam rumah, petak suis elektrik tu dah lompong...


suis ruang tamu


buruk rupa bila petak suis tu dah lompong macam ni... ni adalah tempat main suis dan petak suis lampu dan kipas dekat ruang tamu.. 


memang ada terdetik dalam hati yang lepas tingkap, pintu, pagar dll semua hilang haitu (cerita dalam entri ni) akan berlaku pulak kejadian macam ni.. 


rumah jiran kat belakang kami pulak cuma pagar dan wiring sahaja dicuri.. tingkap dan pintu ada sampai sekarang... khamis petang semalam aku dengan husben pergi jenguk rumah kami ternampak rumah jiran tu dah pasang pagar hijau baru dia.. wiring tak sempat lak aku nak perhatikan.. tapi grill dorang tak pasang2 lagi tu.. seriau lak aku bila tengok dorang masih belum pasangkan grill... haishh... bizi body ke aku ha? huhu.. bukan apa.. sebab aku dah rasa... speak tru experience 😆😆


aku rasa maybe tak lama lagi dorang nak masuk duduk dah sebab pagar dah pasang dan rumput lalang semua dorang dah potong... nampak luas je laman dorang... hehe.. jiran pun dah ramai pindah masuk rumah di deret belakang rumah aku... sederet dengan aku pulak ramai yang dah pasang awning kat parking kereta... aku rasa deret rumah aku pun tak lama lagi penuh la ni dengan jiran2.. oh.. ntah2 bulan 12 sebelum cuti sekolah habis kot dorang plan nak pindah.. nampaknya aku la paling lambat nak pindah sobsss...


hmmmm... rezeki masing2 lah kan...
aku beli rumah nak duduk tapi sampai sekarang tak duduk lagi.. buat masa sekarang, aku tengah proses buat loan untuk perbaiki rumah aku... terpaksa... hmmmm... belum duduk lagi dah kena repair... anggap jelah ujian dan memang dah takde rezeki... 



RUANG TAMU


plan nak cat kaler lain kat living hall ni terpaksa aku pendamkan dulu... huhu.. sadisss...


BILIK TIDUR UTAMA


suis kipas dan suis lampu bilik takda..
suis lampu bilik air takda..
suis untuk aircond pun takda..

shower mandi dengan kepala paip untuk toilet dah kena curi jugak.. 

water heater suis pun xda jugak.. hurmmm.. 
pintu toilet pun kena angkut jugak..
tingkap takpayah bagitau dah... hurmmm..

pintu bilik ni alhamdulillah... ok...


BILIK TIDUR TENGAH (KE2)


suis lampu dan kipas serta suis elektrik dah takda..



pintu bilik tengah dah rosak..
maybe kena tendang kot...
tapi ni bukan baru.. lepas raya puasa haitu dia pecah..
silap aku jugak sebab pergi lock pintu ni padahal takde barang berharga pun simpan kat dalam...


BILIK TIDUR BELAKANG (KE3)


sama macam bilik tidur tengah, suis lampu dan kipas serta suis elektrik dah takda..


dekat bilik belakang ni, tingkap sebenarnya ada lagi. 
dorang tak curi tingkap.. ni takde tingkap sebab husben aku dah tanggalkan sebab takmo dorang rembat pulak tingkap tu.. hari tu jugak dia tanggalkan tingkap tu lepas tu bawak balik ofis sebab naik keta ofis kan... 



pintu bilik belakang ni pun dah rosak jugak...
same date dengan pintu bilik tengah tadi..
aku plan nak buang jelah pintu ni.. bahaya.. 
tak pasal2 bilik dah takde pintu... 😐😐😐


dorang naik atas siling melalui pintu bilik belakang ni lah.. guna 'stand' model pintu yang ditinggalkan oleh grill penipu kat rumah aku tu. ada aku cerita kat entri NI


tak sangka lak aku stand tu membantu pencuri tu naik ke bumbung... kalaulah dari awal haitu Keon (grill baru) amik stand tu bawak ke bengkel dia siap2 kan bagus... susah lah sikit pencuri tu nak naik atas tu..


DAPUR 


walaupun dapur aku kecik je, bila dah jadi macam ni..
sedih la jugak... 




husben aku buang pintu kabinet table top tu..
sebab kat situ ada aluminium katanya.. takut budak2 tu curi pintu tu pulak..so pintu dengan tingkap belakang tu ada kat ofis husben... mujurlah jumpa tools dalam kereta so bolehlah husben tanggalkan tingkap dan jugak pintu kabinet ni... 


buat masa sekarang, kami masih belum beli lagi dapur masak tu.. hold dulu.. terpaksalah dahulukan perkara yang makan bajet tinggi dulu..selagi tak setel wiring dengan pasang semula pintu dan tingkap kat rumah ni, mood nak cari dapur masak belum mariiii...


TOILET BELAKANG




BILIK KEEMPAT (BILIK BARU)

pun tak terkecuali...


aku tengah tunggu loan aku lulus ni...
tengah tunggu bank call untuk pergi bank sign agreement je... doakan loan aku lulus... loan kali ni besar maknanya bagi aku... hurmmm...


member husben yang husben dah amik untuk buat semula rumah ni bagitau minggu lepas iaitu hujung bulan 12 baru dia free... time tu baru boleh settlekan masalah rumah kami..


PLKN pulak awal bulan 1 dah ada intake...
celah manalah aku nak pindah..
tapi kalau tak pindah duduk, aku takut pisang berbuah 2 kali.. ye.. walaupun dah ada grill.. tapi aku rasa tak syok... risau... takut... sebab dah pengalaman kan... hummm.. kena pindah jugak kot? walaupun sekolah pun dah start? stress fikir benda ni..


aku kalau boleh nak settekan masalah ni tahun ni jugak... pindah pun tahun ni juga.. 


sebab aku rasa serabut... 
selagi tak pindah, selagi tu aku tak senang hati.. yelah pikir masalah yang sama tiap2 hari mana tak serabutnya... loan pun tak lulus2 lagi ni.. 😢😢
aku nak masalah ni diselesaikan dalam tahun ni jugak... aku harap sangat tahun depan aku boleh membuka lembaran baru, hidup baru dan lenyap masalah wiring pecah rumah ni semua...


aku bersyukur sebab masa buat reno rumah haitu guna duit simpanan sendiri.. tak buat loan... bayangkan kalau aku buat loan untuk renovate rumah? pastu jadi kes macam ni? mana aku nak cari duit?... bila guna duit simpanan, at least bila jadi kes macam ni, takdelah kepala jadi overr serabut memikir... tak pasal2 kena darah tinggi... mungkin sebab tu penyakit darah tinggi ni dipanggil hypertension kot? 😅 tapi walaupun tak buat loan haitu, stress tetap stress... darah tinggi pun mai balik... 😦


 semoga mereka yang buat benda jahat ni diberikan hidayah Allah swt... aku redha dengan ujian ni...


ok. tu jer nak update... tq reading kawan2...
bye... nite...



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.