Saturday, 2 December 2017

Pecah Rumah


1 Dis 2017 Jumaat
Salam Maulidur Rasul semua.





Dah berapa hari dah aku tak update belog.. 
sejak 4 bulan kebelakangan ni aku ada masalah... 
sebab tu perlu banyak rehat.. tapi kekadang aku update juga belog bagi mengubat kesedihan dan cerita yang best2 je sebab masih bersedih lagi.... memang nak cerita dalam belog tapi tunggu emosi aku stabil dulu la..


paling teruk 2 bulan lepas... 
2 bulan sebelum tu aku kena tipu orang buat grill.. ada aku cerita di sini.. lepas 2 bulan tu, rumah aku pula kena pecah... ngam2 sehari sebelum pelatih masuk (start busy).. masa rumah kena pecah tu, grill dah hampir siap... 


Grill Siap Pasang di rumah 13/10/17
Kena Pecah Rumah 29/9/17


Aku dapat call dari developer.
Tapi masa dia call tu aku tengah meeting.. lepas tu dia wasap kat aku maklumkan pasal rumah kena pecah tu..




* PAGAR

Tengah hari tu aku pergi tengok rumah dengan 2 lagi ofismate... mula2 sampai tu nampak pagar hijau dah takda...


 
Pagar hijau yang dah kena kerat... 
rumah dah takda pagar 😐😐😐


* SLIDING DOOR

Lepas tu kami terus parking kereta dan masuk dalam rumah... nampak sliding door dah lompong...


 

Ni gambar masa polis datang lepas kami buat report. Gambar sliding door masa aku first sampai dengan opismate tuu terlupa pulak nak snap... 


Cermin hijau sliding door tu asalnya cuma ada 1 keping sahaja di depan pintu (dekat pokok lalang tu). Aku dengan member aku amik bawak masuk ke dalam rumah... tapi bila Keon nak pasang grill kat rumah ni haritu dia letak kat luar pulak... aku lupa nak remind dia suruh bawak masuk ke dalam rumah balik... 



 


Lagi 2 keping cermin sliding door pulak ada dekat tepi rumah.. bermakna pencuri laknatullah tu bawak cermin tu ke tepi rumah dan cungkil aluminium dia di situ... maybe cermin ni berat agaknya sebab tu bangsat2 tu tak ambil...


2 keping cermin tu kami angkat bawak masuk ke dalam rumah jugak. aku letak dekat area dapur mini aku tu.. nak letak kat depan sekali dengan cermin satu lagi macam berat sangat lah pulak... so biar jelah cermin ni di dapur ni asalkan dah ada dalam rumah... 


Lepas tu kami tengok-tengok kerosakan yang dah terjadi... mujurlah aku pergi dengan member aku.. kalau pergi sorang tak tahulah apa yang bakal terjadi.. emosi aku agak kacau masa ni.. pergi sini pun member aku yang drive.. lutut aku dah lembik rasanya. lagipun takut aku tak fokus pulak nak drive...


* MASTER BEDROOM

 
Tingkap sliding di Bilik Utama. 

2 keping tingkap sliding dah kena kebas.. yang satu tu maybe sebab dia ada lekat dengan bingkai kot sebab tu payah nak cabut.. wallahualam...


Tingkap sebelah tepi di Bilik Utama.
Masa ni frame tingkap masih ada dekat situ.
Now dah gone...


Toilet Bilik Utama


Habis paip shower dengan pili air tandas pun dia curi.
Tak tahu bila, tapi konfirm sebelum grill siap, pintu tandas yang plastik ni pun kena curi jugak.. 


* BILIK KEEMPAT 

 

Bilik keempat ni asalnya bermula kes pecah rumah ni.
Dulu masa mula2 dapat kunci rumah, tingkap sebelah tepi rumah ni kena pecah dulu. Masa tu pencuri laknat tu masuk curi dapur masak aku... 


Frame tingkap cermin sebelah tepi ni sekarang dah kena curi jugak.. alhamdulillah frame tingkap yang menghadap belakang masih ada sehingga sekarang. 


Aku dah plan, cukup duit nanti (lepas aku dah settlekan repair rumah) aku akan buang tingkap ni dan naikkan dinding terus. Sebab aku rasa tingkap ni macam bagi dorang easy access masuk dalam rumah aku ni... yelah, sebelah tepi kedudukannya.. orang tak nampak.. in shaa Allah, tengoklah nanti macammana.. bincang dengan husben dulu...


* TOILET KEDUA


Toilet belakang ni paip shower masih ada lagi sampai sekarang.. tapi pili shower dengan pili tandas dah kena curi jugak... hmmm... 


Pintu tandas masa ni ada lagi. 
Lepas tu baru kena curi...


Lepas tu kami terus balik ofis.. 
tak singgah Balai Polis buat report on the spot.. 
4 Okt petang barulah aku dengan husben pergi balai buat report.. mula2 report kat bahagian report umum. Lepastu kami dipanggil untuk pergi ke Bahagian Siasatan Jenayah pulak untuk bagi keterangan... lepas siap di sini, polis akan pergi ke rumah baru kami..

***

Polis sampai pukul 6 petang.
Dalam 20 minit lepas tu Polis dah siap tugas...






lepas polis tu balik, ada 5 orang penduduk taman yang datang menziarah... tapi bukan datang serentak la..
macam2 cerita yang tak sedap didengar diceritakan... hanya Allah sahaja yang membalasnya... 


Pada hari polis tu datang (Rabu), wiring masih ada lagi. Tapi selepas tu suami pergi tengok rumah dengan driver hari Jumaat 6okt sebab kebetulan dorang ada tengok site kat sini, wiring semua dah kena potong termasuklah kotak main switch... 😓😓😓 ada gambar nanti aku update...


husben wasap tunjuk semua suis yang dah lompong tu... apa boleh aku buat? ujian demi ujian kami terima... masa ni dalam kepala aku hanya fikirkan kos untuk baikpulih semua... bertambah stress sebab duit dah banyak habis buat renovation rumah hari tu...


Kami bergerak balik ke rumah sewa di Merbok dalam lebih kurang jam 715 petang... malang menimpa kami lagi bila kereta kami masuk lopak menyebabkan sport rim kereta dan tayar pecah. Ada aku ceritakan dalam entri sebelum ni...   Innalillahi wa innailaihirojiunnn... 
Dalam kepala terfikir2 duit yang ada sekarang standby untuk bayar grill baru je.. cukup2.. tu pun ada selepas dapat berhutang dengan adik dan sorang kawan dan duit gaji sedikit... takde bajet untuk nak repair kereta ke apa ke.. Allahurabbi... Hebat sungguh ujian-Mu Ya Allah... 😢


Kesudahannya, memandangkan gaji bulan Oktober masuk awal iaitu pada 11okt sebab perayaan Deepavali, jadi kami terpaksa ambil duit dari peruntukan upah mengasuh sebanyak rm800 untuk cover upah buat grill. Upah buat grill daripada gaji dah guna untuk repair sport rim dan tayar kereta yang dah pecah... 


mana duit nak bayar upah mengasuh? 
nantilah aku ceritakan... 😑


Ok tu je nak update... jumpa lagi di lain entri.. 
hopefully tahun 2018 ada kegembiraan di sana...  
amiinnn....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...