Ads Top

Terapi jiwa... Shopping!


Hari ni aku amik cuti. 
Ingat nak settlekan masalah loan baru nak buat yang belum approve2 lagi tuu.. Dah sebulan dah apply dengan Agrobank... rupa-rupanya loan lama dekat BSN ada tertunggak 2 bulan dalam sistem. 


Jenuh jugaklah aku menelefon Bsn ni.. 
dari pukul 10 pagi sampailah pukul 11.30 pagi.. berderet nombor fon aku dapat dari orang tu dan orang ni kat Bsn tu.. Ada nombor bila call 'not in service' lak.. aik? huhu last sekali call customer servis Bsn dan dapatlah bercakap dengan 'beberapa' person incharge.. tapi tak settle jugak masalah aku. in shaa Allah.. aku try buat loan dengan BSN jelah pulak nanti... haitu aku taknak buat dengan Bsn sebab interest rate dia tinggi dari Agrobank.. hmmmm... Harap2 nanti ada cahaya sikit.. nak repair rumah oiii... 😆😆


Aku gerak ke SP tepat jam 9 pagi. Lepas isi minyak rm20 kat Petron dekat area Hospital lama sebab nak pecahkan duit sebab teringin nak makan roti canai kat area kampung Sungai Jagung, aku gerak ke Sg Jagung pekena roti sardin sorang2.. gila betui haha.. lepas tu pergi cari port nak call BSN..


so, lepas dah selesai call tu, aku pergi Billion kejap. Nak tunaikan 'niat' kekeke.. tapi takde masa nak pergi beli.. selalu turun SP kalau pergi Hospital Sultan Abdul Halim je sebab checkup Eshan.. Lepas tu terus balik. Cuti sehari habis camtu je.. rugi2.. tapi aku pun tak selesa nak shopping barang sendiri bawak anak.. aku lebih suka shopping dengan member atau adik.. lone ranger selalu dah.. huhu..


Dekat Billion SP ni aku parked kereta dekat tempat yang free parking.. Sebab kupon parking aku dah habis huhu..  Tak jauh pun, ada lah dalam 10 langkah kaki dah boleh cecah tangga Billion tu hehe.. 


Dekat Billion ni aku beli barang aku je..
Kat sini aku beli inner lengan panjang.. rasa macam nak beli 2 helai tapi fikir2, takpe beli je 1 dulu.. sebab banyak lagi benda nak beli ni huhu.. 


1. INNER LENGAN PANJANG
inner ni sedap sikit kain dia.. 
ada jugak inner panjang harga rm10.. tapi aku tak beli sebab takut senang terkoyak kat ketiak tu.. Mahal lah inner.. terpaksa beli jugak sebab selalu guna... yang ni harga dia rm19.90 sehelai..


Lepas tu pergi kereta tetiba teringat nak beli buku latihan kat anak-anak.. so, aku simpan barang dalam boot kereta dulu. Lepas tu jalan kaki jer pergi Hasani Book Store kat sebelah Billion tu.. kat sini habis dekat rm100 beli buku rujukan kat Along dan jugak buku-buku latihan topikal dekat along dan angah jugak..


Lepas tu pergi area Pekan Baru pulak.. area dekat stesen Bas SP tu.. alhamdulillah.. dapat parking mudah lepas 2 kali round hehe.. kat sini aku singgah beli kupon parking MPSP utk 1jam je.. harga RM3.. dekat depan kedai Pakaian Hari-Hari.. then sederet dengan Kedai Hari2 ni lah aku beli slack... slack lama kat rumah dah turun warna.. sesuai sangat dah lettu aku beli baru.. hehe


harga slack ni rm29.90.. fixed price.. tapi sedap pakai..
so borong 2 helai slack kat kedai ni bila mengingatkan susah aku nak dapat cari slack yang selesa macam ni huhu.. harga pun buat aku senyum sampai telinga haha 😄


Eshan 😙



Bila sampai kat cashier aku beli stoking 3 pasang..
tengok harga 3 pasang rm5.50.. yang ni takde dalam planning.. tapi sebab memang selalu pakai stoking kat ofis so beli lah.. mula ingat nak cari yang kualiti sikit..


tapi... disebabkan stoking kat rumah ok lagi, 
so beli jugaklah.. kalau rosak, yang lama masih ada. kalau tahan lama, alhamdulillah hehe..


selesai kat kedai tu, masa jalan nak pergi kereta ternampak beg jenis pouch bag.. tetiba teringat kalau masa pelatih PLKN ada dalam kem, time bawak dorang pergi bank, leceh jugaklah nak bawak file dengan handbeg.. selalu aku pegang je purse.. handset letak dalam beg pouch ala english style beli kat Padang Besar tahun lepas tu kuikui.. so aku rasa, pouch beg sesuai untuk kegunaan aku. Next time la shopping lagi hehe..


ok. tu je nak update untuk harini.
next time bila aku pergi lagi SP, aku update gambar-gambar tempat aku bershopping dalam entri ni untuk tatapan korang.. i luv SP.. 


ok. tengkiu reading. bye! 😘


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.