Ads Top

Appoinment Mata Eshan dan Penangan PIH


Selasa beberapa hari yang lepas, baby Eshan ada appoinment kat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sg. Petani untuk check up mata. Sebenarnya appointment ni dah dibuat setahun yang lalu lagi..


Anakku Eshan ni kan premature.
So sepanjang tahun lepas je banyak sangat appoinment dia dekat HSAH tu.. boleh kata, tiap 2bulan sekali ada je appoinment dia.. Appoinment mata, telinga, jantung, brain test.. semuanya hari yang berlainan..


TB 29 Jan 2017 ~ Eshan bergaya dengan pyjama hospital Wad Melur. Baru 11 hari dilahirkan.. Time ni aku tido di hospital (amik wad) sebab Eshan kena tahan lagi walau dah discaj dari NICU.. Sebab berat tak cukup 2kg lagi.. tapi bila berat dah capai 1.8kg, HSAH dah bagi discaj tanpa ubat.. alhamdulillah..


Kalau ada tarikh yang dekat dengan appoinment aku dekat Klinik Mengandung HSAH tu, baru boleh kami request minta sekalikan. Dulu masa lepas bersalin dan lepas berpantang, kerap jugak aku kena appoinment dekat Klinik Mengandung HSAH.. semuanya sebab doktor nak check bekas jahitan czer dan jugak nak review balik Blood Pressure (BP) aku huhu.. kali ni cuti bersalin aku tak terasa sangat boring macam selalu.. padahal kali ni aku amik 3 bulan.. maybe sebab kerap pergi HSAH.. penangan darah tinggi semasa hamil (PIH) huhu..


Ok. Tu belum termasuk appoinment Eshan kat Klinik Paediatrik HSAH untuk pantau tumbesaran dia tau.. Belum masuk lagi appoinment bulanan dia juga dekat Klinik Ibu & Anak dekat rumah aku tu..




Tahun lepas memang banyak sangat appoinment.
Paling aku suka lupa,. appoinment aku la.. kena amik perancang pulak! Tiap bulan pulak tu.. kadang sengaja je aku tak pergi.. leceh.. kena amik nombor, check berat, check bp, bru boleh jumpa nurse kt klinik utk amik pil tu..


Ok. Gambar kat atas ni adalah gambar Eshan checkup mata kat Klinik Mata (Oftalmologi). Masa ni aku masih dalam tempoh cuti bersalin lagi.. nampak tak mata Eshan merah bergaris2 kat kedua2 belah kelopak mata dia? Masa doktor dengan nurse test mata anak aku tu, parent baby tak dibenarkan masuk.. so aku tak tahu macam mana dorang buat. Tapi aku punya imagination tu macam ni.. dorang kepit kelopak mata baby atas dan bawah berasingan..




Hahaha... teringat balik. Sebelum baby boleh jumpa doktor, nurse akan terlebih dulu mentitikkan ubat macam eye mo tu kat mata baby semasa baby tengah menunggu di luar dengan parent untuk bagi anak mata baby membesar supaya mudah nak test. Si Eshan ni punya lahh pejam rapat2 mata dia bila nurse sentuh kelopak mata dia untuk titikkan ubat. Geram nurse tu kata sebab anak aku paling susah dia nak titikkan.. hehe.. sudahlah mata kecik.. ahahaa.. lepas dah titikkan kena tunggu anak mata kembang. Bila giliran Eshan sampai, tak sampai 10 minit kena keluar balik sebab anak mata tak cukup kembang.. kena titik ubat lagi dan lagi kat mata.. haru betoi Eshan ni 😅


Test tahun lepas, lulus. Takde apa2 masalah. So doktor letak tarikh 23hb Januari 2018 tahun ni pulak untuk test lagi sekali.. 1 year punya appoinment! Masa ni, semua test (selain mata) dah stop dah.. sebab anak aku ok. Xda masalah.. so Selasa lepas, aku dengan husben amik cuti ke HSAH.. tahun lepas ada lah 3-4 kali jugak husben takleh pergi ikut appoinment Eshan sebab kerja. Aku kalau husben ikut rasa ok ckit.. nak makan senang, nak ke toilet senang, nak parking jauh tu tak lenguh sangat.. disebabkan semua appoinment dah stop sebab anak aku didapati sihat walafiat, so aku assume appoinment mata kali ni adalah yang terakhir. Tinggal appoinment Klinik Paed je hujung bulan 4 ni..




Gambar kat atas tu adalah aku dengan Eshan.
Masa ni kami dah masuk dalam bilik doktor mata. Lepas dia check kami sekejap, hp doktor berbunyi2. Lama jugak dia menjawab panggilan tu. So sempatlah kami berdua selfie dengan alatan test mata ni hehe..


Test kali ni ibu boleh masuk sekali dengan baby.
Alhamdulillah.. takdelah tertanya2 apa anak aku buat kat dalam tu sorang2 kan? hehe.. Eshan duduk di ribaan aku macam gambar kt atas ni. Lepas tu doktor menunjukkan beberapa keping kadbod kosong warna kelabu yang terdapat lukisan objek dengan garisan putih.. Alhamdulillah.. result test Eshan lulus..tapi...


Disebabkan Eshan selsema hari tu, so doktor tak dapat nak titik ubat kt mata.. test kena buat semula. appoinmentnya adalah tahun depan! Tudiaaa... lama gila.. takpelah.. aku pun maybe dah rindu nak jenguk HSAH kot time tu. So, ok kan ajelah...


So, lepas dah settle kat Klinik Oftal tu dah pukul 11, kami makan tengahari siap2 dekat Parking berbayar HSAH tu.. sebab terbau2 gulai kari asam pedas ikan temenung kat situ.. tempting yakmat hehe.. singgah makan dululah... Eshan makan goreng pisang sedap beli kat kedai sebelah tu je. Pukul 12 kami gerak keluar dari HSAH dan kami round taman tengok rumah kejap. Tak masuk rumah sebab baru Ahad semalam dah datang. Lepas tu kami pergi area Osman Store kat Stesen Bas SP nak amik tag nama Che ah..


Kami dua tunggu dalam kereta je..





Budak yang tak jadi titik ubat mata sebab selsema kata doktor.. cergas je budak Eshan ni time ni.. nak buat macam mana.. setahun pun, setahunlahhh...


Ok. Tu je nak update.
TQ SO MUCH sudi baca belog tak femes ni 🤗
Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.