Tuesday, 27 February 2018

1st Kenduri 2018





Kenyang.... 1st kenduri untuk tahun 2018 hehe..


Kenduri 1st tahun ni adalah di rumah adik-beradik sebelah mak aku di Kota Sarang Semut. Rumah Pak Ndak Afik. Kenduri kali ni special sebab 1st time aku pi kenduri makan nasi ayam... 😰




Lepas kenduri tu, aku balik rumah terus sebab Eshan tak berapa sihat. So abah dia jagakan sambil buat keja ofis dia. Manakala mak aku dengan yang lain pergi Hospital Sultanah Bahiyah AS melawat orang sakit jugak.. 


Selamat sambut menantu Tok Ndak. 
Tok Ndak dapat menantu lelaki. Tak snap lak gambar..




Mak aku yang pakai tudung merah tu.
Yang tudung koko depan ni Makcik aku. Mak Ngah pun ada sekali dengan anak menantu dia haritu. Pak Njang n family ofkos ada sekali sebab orang AS kan.. memang selalu kena arah dengan kakak dia a.k.a mak aku la untuk jadi tukang tunjuk jalan tak kiralah pergi makan kenduri ke.. ziarah adik-beradik ke.. pergi beraya ke.. Kehkeh.. harapkan kami memang memanjang tak ingat jalan.. confius haha.. 


Time petang adik aku wasap bagitau nak datang rumah aku. Tapi makcik, makngah dengan paknjang aku tak datang la.. hanya family kecik mak aku je.. Dalam waktu maghrib dorang sampai. Aku goreng mee sanggul dan jugak teh o panas dengan sirap ais. Untuk budak-budak aku buat roti kek/roti telur/ french toast je.. 


Mak aku balik dalam pukul 10 camtu. Puas kami anak beranak tunggu kat depan rumah nak melambai bila dorang dah naik ke jalan besar. Tapi tak jugak muncul2 kereta Pak su nye.. rupa2nya dorang singgah kedai runcit dalam taman aku ni sebab mak aku nak singgah beli baldi kat aku malam tu. Terima kasih mak.. hehhe..


Ok. Tu je nak update. Tq readingπŸ˜‰


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...