Ads Top


Disebabkan minggu lepas aku selesai berkursus di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak, so aku nak share lah rupa bilik penginapan di sana.


Dari pintu masuk.


Bilik penginapan dia ada 2 katil single.
Katil dan tilam pun nampak baru dan elok. Langsir pun tebal dan cantik. Langsir warna pink belacan. Suka jugak kaler ni hehe..


Bilik pun luas.
Ventilation and lighting is very good. Aku suka sangat. Tiap hari selepas dah bersiap hendak sarapan dan kursus, sebelum tinggalkan bilik  aku mesti akan ikat kain langsir. Biar cahaya matahari masuk dalam bilik ni. Aku suka bilik aku cerah dengan cahaya semulajadi. Biar udara baru dapat masuk dan menghilangkan bau tak enak selepas semalam aku tidur hehe.. 




Selain katil sorang satu, almari pun sorang satu.
 Part ni aku suka. Sebab tak payah berkongsi almari dengan roommate macam dekat hotel tu.. tapi hanger baju tidak disediakan la. Hanger bawalah sendiri k!


Almari pulak ada 2 daun pintu.
Memang cukup besar lah untuk peserta kursus yang nak duduk cuma 3 hari je macam aku. Kalau induksi atau kursus panjang-panjang tu memang selesalah dapat almari besar macam ni. Dulu masa aku kursus Induksi Umum dan Khusus dekat Platih, Bukit Fraser Pahang, almari satu pintu je. Nak guna 7 hari. Memang tak selesa. Tapi sini memang terbaiklah.. almari dia siap ada cermin panjang di salah satu daun pintu lagi👍 Konsep 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' memang sangat-sangat terpakailah dalam kes ni hehehe..




Ni bahagian aku.
Cadar dan sarung bantal tu kena amik sendiri masa checkin dekat lobi tadi. Walau pun kaler dia merah hati yang bukan favourite aku, tapi  tiap-tiap pagi aku tarik cadar ni supaya dia nampak kemas hehe.. Cadar dan sarung bantal dia nipis je. Kain selimut yang tebal. Macam blanket tentera tapi warna krim dan tak gatal atau miang. Kain selimut pon sama juga prosesnya.. Kena ambil sendiri sekali dengan sarung bantal dan cadar.Time dah habis kursus nak balik pun sama. Kena hantar sendiri dekat lobi sekali kunci bilik.


Bakul plastik bersulam warna ungu-putih atas meja tu mak aku punye. Rasa senang dan sangat memudahkan bila guna bakul ni. Next time kalau berkursus lagi dan bawak kereta sendiri, in shaa Allah... aku dah plan nak bawa bakul macam ni.. hihi..


Ni bahagian roommate.
Tapi kursus kali ni aku takde roommate.


Setiap peserta juga diberi sorang satu meja tulis kayu dan juga kerusi. Electric power source pun ada di dinding tepi katil masing-masing. Kat bahagian bawah tu. Disebabkan roommate aku takde, aku gunakan meja dia untuk iron pakaian. Tu dia selimut tebal ala blanket tentera kaler krim atas meja tu. Time iron je ada atas tu. Lepas tu letak balik atas katil huhu..


Iron tu aku bawak dari rumah.
Iron tu hari-hari kami suami isteri guna untuk iron baju keja dan baju sekolah anak-anak. Actually husben ada iron khas yang nampak elok sikitlah untuk guna masa pergi kursus. Tapi disebabkan tak sempat nak ambil, so aku ambil jelah yang ni..


Kat sini aku rasa iron disediakan tapi macam biasalah, bila dah ramai nak guna, mesti lambat nak tunggu turn. Urusetia pun jenuh jugak cari iron bila dah ramai request. Alhamdulillah, ramai jugak orang yang pinjam iron aku tiap malam. Dapat pahala sikit. Pada mulanya ingat takmo bagi sesiapa pun pinjam sebab risau takut rosak.. dah lah tengah time ekonomi meleset ni kan.. tapi bila dah ada yang bertanya sampai ke bilik, kesian pulak.. Walau bagaimanapun, iron board tidak disediakan.




Ni adalah bahagian... err bahagian apa ekk?
Tapi kalau dekat hotel, bahagian ni selalunya dorang letak meja, cermin lebar dan juga tv.. di sini diletakkan sebuah penyidai tuala kayu 4 batang di sini.


Kat sini juga diletakkan aircond.
Tapi remote pelaras suhu takde pulak dalam bilik ni. Bilik lain aku tak tanyalah pulak.. maybe dorang tak sediakan tapi tempat sangkut remote pelaras suhu tu ada je kat dinding tu.  Tapi tiap malam aku tak guna pun aircond... Mungkin sebab musim sekarang ni kot.. angin timur orang cakap.. memang dah sejuk.. tapi time rehat siang aku akan buka aircond ni dengan kipas sekali.. hehe.. kalau kursus kat hotel memang wajib bukalah sebab bilik hotel takde kipas.. Boleh pening kepala kalau tak buka aircond!


Pintu yang pink tu adalah pintu toilet. Pintu yang krim tu adalah pintu ke balkoni. Disebabkan aku di groundfloor, so balkoni dia macam kecik je.. aku nampak ada ampaian/penyidai kain kat situ. Sesuailah untuk menjemur baju sehelai dua..




Cermin besar di sebelah meja tulis berdekatan pintu masuk. Cermin ni favourite aku. Aku tak guna pun cermin panjang dalam almari aku tu. Guna cermin ni lebih selesa 😊


So, tu jelah yang aku nak share kat sini.
Semoga entri ni bermanfaat. Kat bawah ni aku share gambar keseluruhan keadaan bilik yang aku snap dari arah yang berlawanan dan bertentangan supaya korang boleh nampak susun atur dalam bilik ni. Serius. Bilik ni memang selesa. Aku bagi 4 bintang! Haha.


🌟🌟🌟🌟 






Tengkiu reading! Bye. Salam. 😉

Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.