Ads Top

Semangat berniaga datang lagiiii




Sabtu lepas, aku berniaga lagi sempena Hari Terbuka Kem pada 3 Februari 2018.


Kali ni aku nekad nak berniaga sehingga petang. Sebelum ni aku berniaga bermula dari pukul 9am sampai pukul2 lebih je.. dan barang jualan pun sedikit..huhu.. berniaga sekadar suka-suka dengan kawan-kawan opismate jer di samping cari pengalaman..


Sejak beroleh untung sedikit dari hasil jualan semasa Hari Terbuka Kem yang lalu, aku mula merencana jualanku.. aku list down produk yang ingin aku niagakan pada hari terbuka akan datang.. semangat sungguh aku haha!


So kali ni aku jual moist coklat cheese cake dan blueberry cheese cake. Kek ni aku tak buat sendiri. Sebaliknya aku contact supplier. Aku cari supplier dalam group FB Penduduk Sungai Petani.




Aku jual 25pcs setiap satu jenis kek... 
modal boleh tahan jugaklah... alhamdulillah, kek coklat moist laku sangat-sangat.. yang tak berapa laju kek blueberry cheese tu.. 


Bagi memastikan kek jualan aku sentiasa sedap di tekak, aku beli 1 unit tong ais polisterin untuk letak ais dan letak kek-kek tu supaya kek-kek tu sentiasa sejuk dan sedap dimakan... alahai...nampak sipi-sipi je gambar tong kek dalam gambar atas sekali tu huhu..




Aku jual jugak roti bun pada hari tersebut.
Bun kacang merah dan jugak bun pizza. Percaturan aku silap sebab roti ni tak berapa 'jalan'.. rugi di situ.. bun ni pun aku contact supplier jugak.. nampak tak semangat tu? Hehe.. 😅




Nugget pun aku jual jugak tapi sebelah petang.
Nampak bungkusan putih dalan tray tu? Hah, dalam tu ada nugget.. pencicah dia aku bagi sos cili dengan mayo sebekas..


Sabtu lepas buat pertama kalinya aku berniaga air minuman. Aku jual teh ais. Tehnya husben yang bancuhkan siap-siap di rumah lagi. Di kem, aku hanya perlu masukkan ais dan teh je dalam bekas minuman. Seronok rupanya jual air minuman ni hehe.. next time nak jual air lagi.. pada hari tu, husben buatkan 2 tong air 10liter setiap bekas.. tinggal kurang dari separuh tak habis... 




Seronok berniaga kali ni sebab husben turut serta shopping barang-barang aset macam tong ais, tong air, tray, redai nugget dan lain-lain barang plastik bersama-sama hehe.. aku tak suruh husben hantar semua barang jualan kami ke kem tapi tetiba malam sebelum hari jualan dia ada cakap esok nak pergi kem angkat barang-barang. Terkejut. Hehe.. 


Sebenarnya (ikut firasat aku), husben pun excited juga sebab skill dia jadi tukang buat air masa kerja di kedai makan makndak dia dulu zaman sebelum dapat kerja tetap tu dulu dicungkil kembali.. lepas habis berniaga malam tu semangat je husben simpan peralatan berniaga teh ais dia dalan tong polisterin putih hehe.. oh ya, ada orang puji teh ais tu sedap walaupun dah petang dia beli... alhamdulillah..




Kali ni anak aku si Angah aka Ikram nak mengikut aku pergi berniaga di kem. Sejak semalam dok minta nak pergi. Ibu sporting..jomlah.. kena pau jugaklah sikit-sikit.. 😅 


Seronok berniaga dessert sejuk-panas macam ni sampai ada terfikir nak berniaga kat Pantai Merdeka pulak haha.. in shaa Allah... lepas ni nak berniaga lagi.. plan akan datang in shaa Allah, nak buat banner untuk booth pulak. Semangat hahaha!


Ok. Tengkiu reading!!! 😘


Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.