Wednesday, 23 May 2018

Mee Jawa


Buat pertama kalinya di bulan puasa aku bersahur Mee Jawa. Sebenarnya plan nak makan waktu berbuka tetapi terpaksa hold makan mee jawa ni sebab perut dah kenyang minum banyak air waktu berbuka.




Mee Jawa ni aku dapat dari blog daridapur.com Ini merupakan kali pertama aku buat mee jawa. Cuma dalam resepi ni aku tak masukkan serbuk ketumbar dan ubi keledek sebab terlupa nak beli. Asalnya aku ingat. Tapi bila dah pergi sampai 3 buah kedai masih belum ada serbuk ketumbar, so aku decide untuk masukkan jelah bahan yang mana ada.. sebab tu sampai terlupa nak beli ubi keledek. Kuah masih ada lagi so aku plan nak masukkan bahan ni kemudian. Harap2 rasa dia okeylah 😅 


Petang ni aku plan nak pergi jenguk rumah kami kejap. Tu pun kalau jadi sebab baru plan pagi tadi. Kalau pergi esok lagi ok sebab dah gaji.. takpelah.. esok kalau rajin kami turun SP lain hehehe..


ok tu je nak update. Tengkiu reading!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...