Tuesday, 15 May 2018

Tukar Minyak Auto Kereta


Sebelum nak cerita pasal tukar minyak auto dalam entri ni, aku nak cerita dulu pasal tukar minyak enjin pada 29 April lepas.


Minyak Enjin Kereta


Waktu pagi masa nak pergi keja, tetiba aku perasan signal lampu aladdin dekat panel pemanduan tu berkelip sekali. So time drive, aku perhatikan la lampu tu tak pulak menyala.. o..mungkin khayalan kot.. tapi risau jugaklah sebab memang kebetulan turn tukar minyak enjin dah lama berlalu 😅.. ingat nak tunggu gaji bulan 5 baru nak tukar huhuhu...


Sekali bila minta member kat ofis tolong tengokkan, ternyata minyak enjin dah kering.. nasib baiklah member sorang lagi baru beli minyak enjin semalam untuk servis kereta dia esok.. so aku beli teruslah dekat dia sekali dengan filter. Tahun lepas tukar pakai enjin Petronas Syntium total out RM 138. Kali ni guna minyak lain pulak yang lebih murah..


Kos tukar minyak enjin kereta Waja
Minyak Enjin + Filter = RM 130


Harini pulak aku tukar minyak Auto kereta Waja. 
Macam tadi jugak, tak sempat nak tunggu gaji bulan depan dah. Kereta dah bagi signal kena tukar minyak auto dah. Nak tukar gear dari P,R,N dengan D pun dah keras je rasa. So tengah hari tadi pergi selesaikan masalah ni. 



banyak jugak minyak auto lama disedut keluar.



minyak auto baru dimasukkan melalui corong 


Nasib baiklah masa aku sampai kat kedai tu takde orang. Kalau tak mesti lambat nak tunggu turn. Proses tukar minyak auto ni boleh siap dalam 10-15 minit jerr... Aku check entry, last date aku tukar minyak auto adalah pada 17 Mac 2015 dengan kos RM120... eh lama sangat tu..  memang dah lama aku tak tukar ke atau terlupa nak buat entri nieee ngeee... 





so kali ni, kos tukar minyak auto adalah 
RM 80 


Alhamdulillah... 
tayar dah tukar baru bulan 2 haritu, minyak enjin bulan 4, minyak auto bulan 5, minyak stereng bulan 6 tahun lepas. Kalau ok lagi minyak stereng ni, alhamdulillah... balik raya tahun ni tak payah nak servis kereta dah... legaa... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...