Friday, 1 June 2018

Masak Lemak Tempoyak Ikan Nyok-Nyok


Masak Lemak Tempoyak Ikan Nyok-nyok



Berbuka petang semalam aku buat masakan yang dah lama teringin nak makan. Tergendala nak masak selama ni sebab stok tempoyak takda.. mujurlah rezeki bulan puasa ni opismate bagi tempoyak sebekas. Dah dekat sepuloh hari dapat tempoyak ni baru semalam boleh buat hehe..


Resepi masak lemak tempoyak ikan ni best kalau buat dengan ikan patin sebab ikan patin berlemak berbanding ikan nyok-nyok macam aku buat ni. memasak kali ni aku guna je ikan apa yang ada dalam peti ais dalam rumah ni 😁 malas nak keluar beli ikan sebab baru 2 hari lepas shopping beli bawang, sayur, biskut, rempah2 semua sampai habis rm62 ringgit ngeee...


menu berbuka semalam. ayam goreng ala mamak, budu, masak lemak tempoyak dan kek coklat.


Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan ni aku amik dari resepi Chef Hanielieza. Rasa yang tak mengecewakan. anak aku Che Ah makan sampai tinggal sebesar ibu jari je kat aku berbuka semalam. Aku yang teringin ni korban la sebab anak dah lalu makan kan so aku makan je ayam masak ala mamak tu dengan budu pon sodap jugak haha.. terkejut jugak bila anak dara sorang tu boleh telan masak tempoyak ni 😅 So sahur tadi aku buat lagi 2 ketol ikan nyok-nyok ni. Baru puas makan. alhamdulillah... terlepas dah teringin nak makan masak lemak tempoyak ni.


Resepi Masak Lemak Tempoyak Ikan Nyok-nyok


Bahan-bahan

ditumbuk bersama :
-bawang merah 2 biji
-cili padi 2 tangkai
-kunyit hidup 3 inci

ikan nyok-nyok seketol
tempoyak 2 sudu besar[
air secukupnya
asam gelugur 1 keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa


Cara membuat

letak ikan yang dah bersih dalam kuali bersama tempoyak, bahan tumbuk, asam gelugur dan air. Buka api dan masak sehingga mendidih. Kalau ada daun kunyit boleh letak jugak. Takda pun okay ja. Last sekali baru perasakan masakan dengan garam dan gula mengikut citarasa dan siap!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...