Ads Top

Resepi Gulai Kari Telur


Gulai Kari Telur Rebus

Resepi gulai kari telur rebus sekali sekala enak dimakan membuka selera malah senang disediakan
Menu berbuka Ramadhan ke-16 Jumaat 😊


Harini sebenarnya aku nak buat kurma telur.
Yakin masih ada serbuk kurma dalam kabinet dapur. Tetiba lepas dah hiris bawang halia tomato cili semua baru cari rempah dalam bekas rupa-rupanya bukan serbuk kurma tetapi serbuk sup dan tomyam. Alamak... terpaksalah buat juga gulai kari telur rebus sebab telur tengah direbus tuu.. mujurlah rempah kari memang standby sokmo dalam rumah ni..


Berbaloi buat gulai kari telur rebus ni sebab anak aku Angah dengan Che Ah yang berdua tu suka makan sampai lepas dah basuh tangan pun minta aku tapaukan telur dengan kuah gulai untuk dimakan depan tv.. alhamdulillah 😊 disebabkan anak aku kata sedap (ehehe) jadi aku nak share lah resepi ni. Aku buat untuk portion keluarga kecil ja ok. guna 4 biji telur ja. Ok, Jom tengok resepi!


Resepi Gulai Kari Telur Rebus



Bahan A (rempah 3 sekawan)
Kulit Kayu Manis 1/2 batang
Bunga Lawang 1 kuntum
Bunga Cengkih 2 kuntum

Bahan B (bebawang)
Bawang Merah 2 biji ~ dihiris
Bawang Putih 2 ulas ~ dihiris
Halia 2 inci ~ dihiris
Daun kari 10 helai

Bahan C (bancuhan kari)
2 sudu makan rempah kari daging
Air sedikit ~ utk dibancuh dengan rempah kari

Bahan Lain
Telur 4 biji
Bawang besar 1/2 biji diblend dgn 1 1/2 cawan air
Air untuk kuah
Kerisik 1/2 sudu makan
Susu Sejat 1 cawan
Garam secukup rasa



Cara Memasak

1. Rebus telur dahulu. Kemudian terus panaskan minyak dan bolehlah menumis rempah 3 sekawan iaitu Bahan A sehingga terbit bau wangi.


2. Masukkan Bahan B (bebawang) dan tumis sehingga wangi. Jangan sampai hangit. 


3. Masukkan bahan C iaitu bancuhan kari daging dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bawang besar yang telah diblend. Masak sehingga hampir kering dan pecah minyak lagi sekali.


4. Masukkan air secukupnya sebagai kuah, kemudian kerisik dan kacau sebati. Masak sehingga menggelegak dan masukkan susu sejat dan perlahankan api.


5. Masukkan telur rebus yang telah dikupas dan dibasuh. Masak sehingga kuah sedikit pekat dan bolehlah perasakan masakan  gulai kari telur rebus ini dengan garam secukup rasa. Siap. Selamat memasak! 


#silakan_share_dan_like_resepi_ni
#pahala_ilmu_yang _bermanfaat
#sharing_is_caring
#terima_kasih



Tiada ulasan:

Terima kasih sudi komen entri ni.

Dikuasakan oleh Blogger.