Friday, 6 July 2018

Hari Sebelum Raya


Hampir tinggal kurang seminggu sahaja lagi bulan Syawal akan berakhir. Entri raya pun tak up lagi apatah lagi entri rumah terbuka 😥 kena up jugak dalam belog sebagai kenangan. In shaa Allah. 


Mek Syairah dapat goodies bag raya dari guru-guru Pra Sekolah. Ada chipsmore, coco crunch dan jugak soya kotak. Semuanya saiz besar-besar. Alhamdulillah. Memang feveret budak-budak tu.


Ok jom cerita bab balik kampung dulu 😚 
Hari Rabu aku dah start bercuti tapi husben masih kerja. Aku pulak baru nak packing baju masuk beg. Hari tu jugaklah nak menyapu dapur, ruang tamu, buang sampah segala dalam rumah luar rumah almaklumlah nak tinggal rumah banyak hari... aku buat 2 biji kek coklat jugak tengah hari tu untuk bawak balik. Kesudahannya pukul 3.30 petang badan rasa letih, mata mengantuk sangat-sangat pulak.. so tidur dululah.. 


Aku tak rushing sebenarnya nak balik sebelum berbuka. Sebab dah berbuka puasa dengan mak lepas seminggu berpuasa haitu. Sebenarnya aku sengaja nak sampai waktu malam kat rumah mak. Baru terasa bahang Aidilfitri bila tengok pelita dan lampu berkelip2 sepanjang perjalanan pulang ke kampung hehe.. 


Akhirnya pukul 6 petang baru kami bergerak balik. 
Pukul 7.15 malam baru sampai di Shell yang dekat dengan KFC tu. Lepas isi minyak, kami stop di hadapan bangunan OSK Property untuk berbuka puasa. Aku bawa bekal berbuka air teh. Husben lak beli murtabak siap-siap di Bazar Ramadhan Merbok. dan ada roti coklat jugak husben beli di di Shell unuk anak sambung makan dalam keta 😊 Tak boleh dah makan KFC sebab minggu lepas dah makan sobsss...


Kami sampai rumah mak lebih kurang pukul 9 malam. Sambung berbuka kat rumah mak pulak. Makan nasi. Malam tu aku sibuk cari mangkuk dan pinggan saiz kecik serta sudu dan garfu dari setor mak untuk menu mee jawa nanti.


Pagi esoknya, dalam pukul 9 camtu mak ajak aku pergi pasar tani nak cari daging dan barang dapur.


Pasar Tani


Kat sini aku habis jugaklah dalam RM70.
Bahan nak buat mee jawa aku dah beli siap-siap sehari sebelum balik kampung haitu. Kat sini aku beli kek gulung yang 3 RM10 tu dengan biskut raya sebab dorang jual sebekas RM5 je..biskut yang ada salut coklat2 tak tahu apa nama dia dengan biskut makmur yang bujur tu.. beli 2 bekas je sebab takut tak sedap ke hapak ke.. tapi bila aku rasa ok je sedap! nyesal lak beli 2 je.. lagi aku beli ayam, sayuran dan bebawang, limau madu jugak yang ni habuan nak berbuka nanti hehe.. daging nak buat mee jawa pulak aku dah order dekat adik aku 2kilo..


Selainnya barang mak aku yang banyak. Sebab hari raya kedua nanti nak buat kenduri aqiqah Nabihah iaitu anak menakan (anak sedara) aku yang baru lahir haitu.


'Aqila Nabihah


Balik dari Pasar Tani dah hampir 12 tengah hari.
Aku terus prepare juadah berbuka iaitu gulai kari ayam, sup ayam dan sayur tougeh goreng. Awal siap menu berbuka kami hari tu bukan apa, takut petang nanti kelam kabut sebab nak bersiang bawang segala kan dah nak buat rendang..


mulanya aku sorang hiris daging ni, mak hiris bawang, tetiba anak aku si Ikram nak menolong hiris daging, tetiba terus ramai macam ni huhu.. 






mmmm... petang raya tu sempat aku buat kuah mee jawa. Mee kuning pun aku celur jugak. Bahan sampingan dia pun aku dah sediakan jugak. Tak sabar nak makan. Ikut resepi popular Kak Ida Style hehe.. malam tu aku dah flat dah.. lagipun mak pulak takde Sepatutnya malam raya ni dia selalunya dah mula buat rendang. Tapi ada kematian pulak di kampung kami. So aku tido awal la malam tu.. Bangun esoknya tengok rendang dah siap 😅


ok tu je nak update. Bye!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...